Ampunkan daku ibu

Selasa, 8 September 2009

''Ahh,sudahlah ibu,orang lain pun ada mak juga tapi tak adalah seteruk ibu'',tengking Lisa.''Tak baik nak,cakap begitu.Ibu bukan tak percayakan Lisa,tapi ibu tak yakin Lisa pergi ke hutan entah dengan siapa.....''
''Kan Lisa dah beritahu!Lisa pergi dengan Izwan.Lagipun kita orang rancang nak berkhemah di Hutan Lipur dalam sehari dua je,bukannya lama.''
''Izwan.Oooo,Izwan yang selalu ponteng sekolah tu.Ibu tak izinkan.Diri sendiri pun tak terbela,inikan anak dara orang,''bantah ibu Lisa.
''Lisa tak kisah,yang penting minggu depan Lisa pergi juga.''balas Lisa sambil merentap beg sekolahnya.
Ibunya hanya menggelengkan kepala.Setelah hampir 12 tahun dia menyara anaknya senderian,dibenaknya asyik memikirkan apa lagi yang tidak mencukupi kehendak anaknya itu.

Di sekolah,pelajar lain sedang tekun memerhati papan putih,tetapi sayangnya Lisa & Izwan berbalas pandang berkirim surat;
Lisa kita jumpa di kantin balik nanti.Abang rindu Lisa.
Selepas membaca cebisan kertas itu,Lisa senyum sendirian.Selepas beberapa detik terbuang mereka berdua bertemu di kantin.
''Lisa jadi ke kita ke Hutan Lipur?''Tanya Izwan.
Mesti jadilah.Kalau ibu tak izinkan pun Lisa tak peduli.''jawab Lisa.
''Macam tulah sayang abang.''

SEMINGGU BERLALU
''Ibu,Lisa pergi dulu.Lisa ambil RM 100 dalam dompet ibu.''
''Lisa nak buat ape dengan duit sebanyak itu?Bulan ni ibu tak cukup duit nak bayar sewa rumah,kereta.....''
''Lisa peduli ape.Tu kan tanggungjawab ibu.Sudahlah ibu Lisa pergi dululah.Malas nak dengar kicauan murai petang2 ni.''
''Lisa tolonglah singgah ke rumah Mak Limah.Hantar baju kurung ni.''
''Ibu hantar sendirilah.Malulah nak jinjit beg plastik pergi rumah orang.Lagi 1,ibu tak payah susah2 call Lisa.Lisa tahu jaga diri.''
Luruh hati ibu mendengar jawapan Lisa.Tidak sedarkah dia akan upah baju kurunglah yang menyebabkan mereka anak-beranak masih hidup hingga kini.

SEMINGGU BERLALU
''Ibu!Lisa dah balik.''jerit Lisa sambil menolak daun pintu.
''Ehhh,Mak Long.kenapa ada di sini?Mana ibu?Tak nampak pun.''
''Lisa,ibu Lisa dah tak ada lagi.Minggu lepas kemalangan semasa ke rumah Mak Limah.Kami semua cuba call Lisa tapi tak dapat.Maafkan Mak Long.Mak Long......''

Kata2 Mak Long tak didengarnya lagi hanya wajah ibu terawang2 dibenaknya.Lisa terjelopok longlai.Matanya berkaca tatkala memandang kain batik ibunya yang terlipat kemas di atas sofa.
''Ibu....ampunkan Lisa.....''

Kini rintihannya tidak lagi berguna.Ibu sudah tiada.Kini,hanya 1 ungkapan tak terlerai daripada bibirnya...::: ''ASTAGHFIRULLAHAL' AZIM''

***P/S....kepada semua anak2.,hormatilah ibubapa kita,turutlah perintah mereka,jagalah hati mereka ketika mana mereka masih hidup..hargailah ape yang masih ALLAH berikan kepada kita..doakan kesejahteraan untuk mereka....


''AMPUNKAN SEGALA DOSA ALONG MAK ABAH...''

0 komen:

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU