Selamat menghadapi Imtihan

Rabu, 18 Mei 2011

Bismillah..
ABDUL HADI MAHAMAD NAPIAH
TAHUN 2(FURSATAN AKHIRAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM & BAHASA ARAB
JABATAN SYARIAH ISLAMIAH
UNIVERSITI AL-AZHAR,DUMYAT
2522

Jadual Imtihan Fasal II 2010/2011
01/06/2011(RABU)-Syafawi madah Usul Fiqh & Fiqh Syafie'
07/06/2011(SELASA)-Takhaluff Al-Quran 1
20/06/2011(ISNIN)-Usul Fiqh
27/06/2011(ISNIN)-Fiqh Muqoronah
04/07/2011(ISNIN)-Fiqh Syafie
11/07/2011(ISNIN)-Ahwal Syakhsiah
14/07/2011(KHAMIS)-Ahadith Ahkam
SELAMAT BERIMTIHAN MAHASISWA AL-AZHAR
BITTAUFIQ WAN NAJAH
*Sorry kalau aku ada salah silap kat korg smua..
**Halalkan ape2 yang patut..
***Jom kita sama2 berusaha,lepas tu wat exam betol2,lepas tu kita tawakkal & last sekali kena kuat & rajin berdoa..
****Sama2 kita berdoa utk kejayaan & kecemerlangan kita bersama..
*****Mak,Abah,along akan usaha bersungguh2 & wat betol2 dalam exam kali ni..peluang kali terakhir ni along xkan sia2 kan..Dokan kejayaan along..semoga ada keberkatan & kejayaan..




Read more...

10 Pensyarah Al-Azhar Berkhidmat Di M'sia

Bismillah..

KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah dari Universiti Al-Azhar, Mesir akan berkhidmat di Malaysia bermula Isnin ini bagi membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar agama jurusan tahfiz dalam negara.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata, antara bidang kepakaran tenaga pengajar itu ialah dalam bidang Qiraat, Bahasa Arab, Fiqh dan Dakwah.
"Perkara ini dilihat sekali gus dapat menyokong usaha Darul Quran, Jakim untuk menjadi sebuah universiti yang berteraskan pengajian Hafiz Al-Quran serta memantapkan program Ijazah Universiti Sains Islam Malaysia - Darul Quran yang sudah bermula sejak 2009," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Othman berkata, tujuh daripada tenaga pengajar itu akan ditempatkan di Darul Quran, dua di sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan seorang di Maahad Tahfiz, Pahang.
Katanya, penempatan tenaga pengajar itu adalah berdasarkan bidang kepakaran mereka dan kesesuaian dengan institusi pengajian yang terlibat.
Universiti Al-Azhar menawarkan khidmat pakar tenaga pengajar itu melalui Sheikhul Azhar iaitu Prof Dr Sheikh Ahmed Tayyeib dalam pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa menteri berkenaan membuat lawatan kerja ke Mesir pada 30 September tahun lepas.

Read more...

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU