Selamat menghadapi Imtihan

Rabu, 18 Mei 2011

Bismillah..
ABDUL HADI MAHAMAD NAPIAH
TAHUN 2(FURSATAN AKHIRAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM & BAHASA ARAB
JABATAN SYARIAH ISLAMIAH
UNIVERSITI AL-AZHAR,DUMYAT
2522

Jadual Imtihan Fasal II 2010/2011
01/06/2011(RABU)-Syafawi madah Usul Fiqh & Fiqh Syafie'
07/06/2011(SELASA)-Takhaluff Al-Quran 1
20/06/2011(ISNIN)-Usul Fiqh
27/06/2011(ISNIN)-Fiqh Muqoronah
04/07/2011(ISNIN)-Fiqh Syafie
11/07/2011(ISNIN)-Ahwal Syakhsiah
14/07/2011(KHAMIS)-Ahadith Ahkam
SELAMAT BERIMTIHAN MAHASISWA AL-AZHAR
BITTAUFIQ WAN NAJAH
*Sorry kalau aku ada salah silap kat korg smua..
**Halalkan ape2 yang patut..
***Jom kita sama2 berusaha,lepas tu wat exam betol2,lepas tu kita tawakkal & last sekali kena kuat & rajin berdoa..
****Sama2 kita berdoa utk kejayaan & kecemerlangan kita bersama..
*****Mak,Abah,along akan usaha bersungguh2 & wat betol2 dalam exam kali ni..peluang kali terakhir ni along xkan sia2 kan..Dokan kejayaan along..semoga ada keberkatan & kejayaan..




Read more...

10 Pensyarah Al-Azhar Berkhidmat Di M'sia

Bismillah..

KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah dari Universiti Al-Azhar, Mesir akan berkhidmat di Malaysia bermula Isnin ini bagi membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar agama jurusan tahfiz dalam negara.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata, antara bidang kepakaran tenaga pengajar itu ialah dalam bidang Qiraat, Bahasa Arab, Fiqh dan Dakwah.
"Perkara ini dilihat sekali gus dapat menyokong usaha Darul Quran, Jakim untuk menjadi sebuah universiti yang berteraskan pengajian Hafiz Al-Quran serta memantapkan program Ijazah Universiti Sains Islam Malaysia - Darul Quran yang sudah bermula sejak 2009," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Othman berkata, tujuh daripada tenaga pengajar itu akan ditempatkan di Darul Quran, dua di sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan seorang di Maahad Tahfiz, Pahang.
Katanya, penempatan tenaga pengajar itu adalah berdasarkan bidang kepakaran mereka dan kesesuaian dengan institusi pengajian yang terlibat.
Universiti Al-Azhar menawarkan khidmat pakar tenaga pengajar itu melalui Sheikhul Azhar iaitu Prof Dr Sheikh Ahmed Tayyeib dalam pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa menteri berkenaan membuat lawatan kerja ke Mesir pada 30 September tahun lepas.

Read more...

Rompakan di Mesir..

Sabtu, 30 April 2011

Bismillah..
copy from harian Metro 30/04/2011
Mengenai rompakan & kecurian di Mesir lg..Berita hari ni best sikit sebab ada guna pistol..Kes membabitkan dua pelajar Selangor dari Bawwabah Talatah ke Hayyu Sabe'..Kes lain membabitkan kecurian di kompleks asrama pelajar Terengganu..PMRAM pun semakin terkenal..hehe..Ape2 pun baca la sendiri..Macam biase la nasihat aku sebagai rakan,berhati2 ketika berada di mana2..

Read more...

Pelajar di Mesir dlm ketakutan

Jumaat, 29 April 2011

Bismillah...
copy from harian metro 29/04/2011
Ingat'n x kuar kat akhbar Malaysia berita2 macam ni..Rasa dah banyak kes berlaku..Ape2 pun tq siape yang bagi maklumat & tq kepada metro kerana sudi menyiar'n nya..Yang best nya ada PMRAM dlm ni..Mesti orang metro ahli PMRAM..Caya la PMRAM..Nama president PMRAM,Ust Shahrizan pun ada tulis..Dalam gambar tu lak ada pegawai Selangor,president PMRAM,TYDP BKASM & YDP BKAWM..Nasihat untuk rakyat Malaysia di Mesir,berhati2 la..Jangan kuar sorang2..Ajak geng..Lagi2 akhwat..Kena berhati2...ikhwah2 kat Kaherah,Iskandariah & Mansoura,jd mushriff la kalau anda diperlukan oleh akhwat..Kesian dorang..x cukup orang,hero2 dari Dumyat pun leh tolong..hehehe..
PMRAM:-Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir..
BKAWM:-Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir..
BKASM:-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir..

Read more...

Skabies lumprah di asrama..

Selasa, 26 April 2011

Bismillah..
copy from harian metro..tarikh x ingat..
Hanya sebagai info..Ni pun ada kenangan gak dengan aku dulu masa kecik2..Masa mula2 masuk asrama..Tapi sekali je kot aku kena 'skebis' ni..Maybe nak jadi kenangan sampai skrg..(kalau x kena.x de kenangan)tp kesan xde..hehe..Kalau yang kena penyakit ni masa kat asrama,comfem warden bagi balik rumah,takut berjangkit dengan orang lain..Sampai ada yang nak balik,sanggup wat2 berjangkit dengn orang lain..Ape punya orang daaa..Tapi ape2 pun best gak kena..hehehe...Rasa la yang x prnh rasa..Yang dah pernah rasa,beringat la..Jaga kebersihan rumah,bilik,anak2..

Read more...

Majlis Kesyukuran Ulang tahun Kelahiran April BOY..

Jumaat, 22 April 2011

Bismillah..
iklan jemputan..
Salam..Hanya sekadar menyampaikan iklan untuk program kesyukuran ni..Program hari SABTU,23/04/2011 kat Markaz DPM Dumyat..Semua ahli Dumyat & jemputan khas diharap & dijemput hadir..Nak promo ni,menu memang mantap..Chef yang diimport pun mantap..Datang tau kawan2..Ajak kawan2 lain yg x dapat info sekali..Bagi meriah sikit,leh rapat ukhwah sekali..Kita jumpa dimalam tu nanti..




Read more...

Ramah Mesra BKASM,HEP & Student Selangor Dumyat..

Isnin, 18 April 2011

Bismillah..
[[Pegawai HEP Selangor Mesir & Bakal Pegawai]]
[[Pegawai HEP Selangor & Exco BKASM 2010/2011 @ Pantai Dumyat]]
[[Gambar sekitar program]]
Program:-Jaulah Mahabbah AJKT Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir & Pegawai HEP Selangor Mesir  
Lokasi:-Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmood(Markaz DPM Dumyat)
Pengisian:-1.Sesi ta'ruf AJKT & Pegawai.
                  2.Slide show & penerangan mengenai KPI,TABUNG EHSAN,KELAB DAIE oleh                             exco yg berkenaan.
                  3.Sesi soal jawab,muhasabah & cadangan.
                  4.Jamuan & bergambar kenangan.
Kehadiran:-Lebih kurang 20 orang(ahli Selangor Dumyat)

p/s::gambar x banyak sebab aku xtau camera sape yang guna masa program tu..gambar yang ada ni pun aku copy dari facebook BKASM..Kalau sape yang ada gmbr lain & nak share,leh la bagi tau aku..ok..enjoy,...


Read more...

HOSNI MUBARAK MUNGKIN DIGANTUNG

Sabtu, 16 April 2011

Bismillah..
aku copy from harian metro 16.04.2011..


Read more...

4 KEMULIAAN UMMAT MUHAMMAD & TANDA KEMATIAN YG BAIK

Khamis, 14 April 2011

Bismillah..
4 KEMULIAAN UMMAT MUHAMMAD 
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada aku iaitu:

1. Taubat aku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Muhammad SAW diterima oleh Allah di sebarang tempat.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka, maka Allah SWT menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka kepada Allah, Allah tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimaksudkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT."

TANDA KEMATIAN YG BAIK
Tanda orang yg mati cara baik dan dia suka jumpa Allah waktu mati ialah:
1. selepas dia mati, dahinya berpeluh
2. pada wajahnya kelihatan tenang dan ceria
3. boleh melafazkan kalimah Lailahaillallah
4. waktu jenazah dikebumikan, banyak tanda-tanda baik
5. di perkuburannya ada banyak burung berkicau-kicau

Read more...

BILA KITA MENJADI TUNANGAN??

Bismillah...
~~Percaya atau x, kita boleh ber”tunang” tanpa sedar?? Yup, kita boleh bertunang tanpa kita sedar, bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan untuk dijadikan isteri. Eh, itu memang normal bukan? Tapi, yang anda mungkin x tahu, anda sebenarnya sudah bertunang bila situasi seperti berikut berlaku:
~~Lelaki menyatakan hasrat ingin menjadikan perempuan itu isterinya, dan perempuan itu bersetuju. Adakah dikira telah bertunang? Padahal tidak ada ibu bapa perempuan tersebut.
~~Pinang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.
Situasi yang dianggap pinangan:
"Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku"
"Kahwinlah dengan kita bila2"
Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
"lelaki sebut dalam telefon, "I nak jadikan u isteri I lah"
Perempuan tersebut jawab, I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.
~~Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram.
~~Kita orang melayu time nak tunang duk bawang rombongan 1 bas, bawak barang2 pinangan, itu sebenarnya adalah ADAT bukan dari segi hukum Islam. Dari segi hukum Islam, dah jatuh hukum tunang.
~~Persoalan ialah bila Ibu bapa xde. Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak. Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang baligh, yang blh berfikir, etc dia sudah dianggap bertunang.
~~Bila perempuan tu x menepati hukum syarak tersebut, contoh seperti x baligh lagi(baru darjah 3 mungkin), perempuan tu bodoh(x boleh berfikir), gila, dan sebagainya, makanya wali diperlukan untuk jawab “pinangan” tersebut.

Haaa, adakah anda ternganga bila tiba2 tau anda sudah menjadi tunangan orang tanpa sedar?? Haaa, ayokkk, x tau. Hehehe.


Read more...

BEREHAT YANG AGAK LAMA..

Rabu, 6 April 2011

Bismillah..
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha penyayang..Agak sekian lama aku x menulis @ meluahkan ape2 dalam blog aku ni..Almaklum saja lah..Busy..Kalau x busy,malas lak..Tu la dia ragam & alasan manusia lagi2 yg lemah macam aku ni..Ape yang leh aku kongsi dalam 3 bulan akhir2 ni ialah mengenai jaulah adik aku ke Mesir..Alhamdulillah semua tempat yang di rancang berjaya aku bawa..Kecuali nak hantar dia balik ke Jordan..Ni gagal sebab demontrasi yang berlaku di Mesir semakin menggila..Nak upload gambar jaulah dia pun aku mls..Yang best bawa jalan2 ni,tempat yang kita x prnh pergi pun dapat pergi..Ha,tu la yang aku leh kongsi pasal jaulah bermula 16-30.01.2011..
Peristiwa ke2 yg berlaku lak ialah demontrasi kebangkitan rakyat Mesir..Kalau kat Mesir ni dorang panggil 25 yanair(25 januari)memang sejarah dlm Mesir kot..Lepas ni comfem cuti umum..hehe..Demontrasi ni dorang wat sebab nak jatuhkan prisedent dorg yg ber'laqob' kan firaun..Sape lagi kalau bukan Husni Mubarak..Banyak gak la pertumpahan darah & yang mati syahid..Semua kawasan kat Mesir jadi tempat berkumpul..Tapi yang kecoh kat Medan Tahrir & Iskandariah je..Tempat aku aman damai..Darurat pun mcm ada xde je..Tapi yang risau arab ni main bawa parang macam bawa kayu..So kalau kita cari pasal,memang boleh kena libas gak la..11 Februari baru la Husni Mubarak letak jawatan..Berjaya gak la rakyat Mesir gulingkan dia..
Tapi masa tu,aku & kawan2 dah ada kat Jeddah..Kami(Dumyat)& budak2 Alex team last kuar dari Mesir ke Jeddah..Masa tu 07.02.2011..Best ny keadaan Mesir ni,sampai kerajaan bawa semua orang Malaysia keluar dari Mesir..Dapat gak la aku merasa naik Air Asia dr airport Alex ke Jeddah..7 hari lepak kat Madinatul Hujjaj,Jeddah..Makan minum semua ada..Kenyang..Tapi umrah je x smpt buat,.fly beli jubah & fast food smpt la..
13.02.2011 lak hari terakhir aku kat Jeddah..Ni pun flight last gak keluar Jeddah ke Kuala Lumpur..Memang takdir asyik dapat last je kot..Balik kali ni naik MAS lak..10 jam dalam flight..Sampai je dah kat KLIA..1st time aku balik sejak datang Mesir 2007 dlu..Free lak tu..Sampai kat Malaysia family sambut..Tapi abah la yg mula2 sambut..Belum sempat keluar,abah dah peluk dari belakang..
Agenda 1st aku sampai Malaysia aku pergi Banting,beli simcard & gunting rambut..Sim lama semua dah x leh guna..Sayang betol la..Malam tu lak pergi hantar Amin Dato Rahim ke KLIA..Dia beli tiket fligt dari KLIA ke Alor Star..Hm,cuti sebulan je..xde ape yang aku wat sangat kat Malaysia..Jalan2,pergi kenduri,lepak dgn member2..tu je la kot..18.03.2011 aku terbang balik ke Mesir flight Egypt Air..ni lak Kerajaan Negeri Selangor suppot..Sampai Cairo,terus balik Dumyat & mulakan life balik macam biase..Kemas rumah,setelkan kitab & jadual kuliah,setelkan internet yang dah kene potong..Sekarang ni baru la stabil balik duduk Mesir ni..Tekad aku kali ni,aku nak belajar rajin2,nak pulun..Exam pun tunda bulan 7,so ada masa utk aku bangun & pulun semua 6 madah ni..Mana la tau balik bulan 8 ni leh nikah ke..hehe..Semoga aku tabah & beroleh keberkatan & kejayaan.
my sis ms jaulah mesir..
bezday mak kat Taman Mentari

**gambar2 lain mls nak upload..
**gmbr kat Jeddah n flight free kat folder member..x sempat nak copy..

Read more...

الخطة الزمنية للعام الدراسى 2010/ 2011

Rabu, 5 Januari 2011

Bismillah...

   *امتحانات الفصل الدراسى الاول تبدأ يوم السبت الموافق 8/1/2011.
    * تبدأ اجازة نصف العام يوم 29/1/2011 و تنتهى فى 10/2/2011.
    *تبدأ الدراسة فى الفصل الدراسى الثانى يوم السبت الموافق 12/2/2011. 
*اجازة شم النسيم تبدأ اعتبارا من يوم السبت الموافق23/4/2011 حتى الجمعة  29/4/2011.
   * امتحانات الفصل الدراسى الثانى تبدأ يوم السبت الموافق 11/6/2011.
    *امتحانات التصفية تبدأ  يوم السبت الموافق 3/9/2011 .

على ان يطبق ذلك على جميع كليات الجامعة بالقاهرة و الاقاليم (بنين- بنات) وكذا المعاهد فوق المتوسطة بكليات (الهندسة و العلوم) و مدارس التمريض التابعة لكليات الطب بالجامعة و السنة التأهيلية و التمهيدية بكليات الجامعة وذلك بمرحلة الاجازة العالية. اما بالنسبة لمعاهد مقيمى الشعائر يبدأ امتحان نهاية العام يوم السبت الموافق 11/6/2011 و امتحانات التصفية تبدأ يوم السبت الموافق 3/9/2011.                                     
copy from*** Al-Azhar website



Read more...

Imtihan sessi 2010/2011 bermula..

Bismillah...

ABDUL HADI BIN MAHAMAD NAPIAH
FAKULTI-PENGAJIAN ISLAM & BAHASA ARAB
JABATAN-SYARIAH ISLAMIAH
TAHUN-2 FURSOTAN AKHIRAH
2522
Jadual imtihan fasal I 2010/2011::
01/01/2011-SABTU               -Takhaluff Ulum Hadith 
09/01/2011-AHAD                -Tafsir Ayat Ahkam

SELAMAT MENGHADAPI IMTIHAN MAHASISWA AL-AZHAR
BITTAUFIQ WAN NAJAH 


Read more...

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU