Waktu2 doa Mustajab..

Jumaat, 30 Oktober 2009


;;Ditengah malam @ sepertiga malam yang akhir;;
;;Berdoa di tempat sunyi supaya khusyuk;;
;;Bapa mendoakan kebaikan anak;;
;;Doa anak yang taat pada ibu bapa;;
;;Doa raja yang adil;;
;;Selepas solat fardhu;;
;;Selepas solat subuh sebelum terbit matahari;;
;;Selepas solat asar;;
;;Ketika sujud;;
;;Ketika musafir;;
;;Ketika dizalimi orang;;
;;Ketika sakit;;
;;Ketika mahu berbuka puasa;;
;;Ketika dalam peperangan @ darurat;;
;;Doa pada malam Jumaat;;
;;Doa pada malam Lailatulqadar;;
;;Apabila khatam membaca al-Quran;;
;;Doa dalam Masjidil Haram;;
;;Berdoa di Masjid Al-Aqsa,Baitulmaqdis;;
;;Berdoa dalam Masjid Nabawi(terutama di Raudhah);;
;;Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah;;
;;Ketika wukuf di Padang Arafah;;
;;Berdoa di Hijr Ismail;;
;;Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram;;
;;Berdoa dekat Multaza(antara Hajar Aswad & pintu Kaabah)di Masjidil Haram;;
;;Berdoa di mana2 juga rumah masjid kerana ia rumah ALLAH;;

***Jangan lupa berdoa utk kesejahteraan ISLAM..Doa utk kedua ibu-bapa..Berdoa utk keberkatan dunia & akhirat..Berdoa supaya diampuni dosa2 yg lalu...AMEENN***

Read more...

BKASM....dari sebuah lagenda...

Rabu, 21 Oktober 2009




Prolog | Sejarah tidak harus dibenamkan sebagai lagenda dan mitos kaku serta tidak membawa apa-apa makna pada kehidupan .Sejarah harus difahami dan dimengertikan kerana ia merupakan kekuatan emansipasi dalam pertumbuhan generasi dan bukan sekadar mengulangi rentetan fakta sejarah tersebut semata-mata. Matlamat penceritaan sejarah adalah agar ia dapat dihayati dan direnungi, bukan untuk mendapat simpati tetapi lebih kepada mendapat justifikasi daripada para pembaca sekalian.


BKASM muncul ditengah-tengah masyarakat Azhari sehingga kini di Mesir merupakan hasil inisiatif mahasiswa Selangor ketika itu. Hal ini mempunyai kaitan mengenai keperluan serta pentingnya perpaduan mahasiswa Al Azhar dikalangan anak-anak Selangor. Lalu, idea penubuhan BKASM yang kekal utuh hingga ke hari ini diwujudkan.

Dasar BKASM ialah Al-quran dan As sunnah yang menjadi pegangan teras dalam menyampaikan risalah kepimpinan dan asas kepada pentadbiran. Matlamat dan objektif penubuhan BKASM ialah menyatupadukan dan mengeratkan hubungan ukhwah seluruh anak-anak Selangor khususnya yang menuntut di Perlembahan Nil, dalam konteks kebajikan dan bantuan.

Pada 23 Julai 1977 BKASM mula giat beroperasi setelah berjaya memiliki dua buah apartment di Rabaah Al-Adawiyyah yang merupakan lokasi pertama pusat kegiatan dan aktiviti anak-anak Selangor di Mesir. Apartment ini diberi nama Rumah Selangor bernilai RM 15,000.00 ini,telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Hormat bin Rafi’e iaitu Menteri Besar Selangor pada ketika itu. BKASM juga pada ketika itu berfungsi sebagai perantara Pusat Zakat Selangor(PZS)dalam menyelaras kewangan dermasiswa yang setiap tahun akan diterima oleh anak-anak Selangor.

Semenjak ia ditubuhkan secara rasmi dan diterima dengan pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor,nama BKASM terus diabadikan di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM). Seterusnya BKASM dengan giat membantu kerajaan Negeri Selangor serta memberikan khidmat bakti kepada seluruh ahli-ahlinya. Sekaligus, hubungan dua hala antara Kerajaan Negeri Selangor dan BKASM berada di dalam saf kesepaduan.

Kemudian pada tahun 1986, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama BKASM telah berjaya mendapatkan pengiktirafan syahadah daripada Universiti Al-Azhar bagi Sijil Pelajaran Agama Negeri Selangor. Pengiktirafan ini telah membuka peluang yang seluas-luasnya kepada pelajar-pelajar Negeri Selangor untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar. Kerjasama yang diberikan oleh BKASM terus mendapat kepercayaan daripada pucuk pimpinan Kerajaan Negeri Selangor ketika itu dan membuahkan hasil positif apabila BKASM menjadi Badan Induk Kesayangan Kerajaan Negeri Selangor.

Dan sekali lagi pada tahun 1993, BKASM dihadiahkan sebuah kompleks asrama oleh Kerajaan Negeri Selangor yang terletak di Toob El Ramly, Haiyyu Asyir. Sebelum ini, BKASM berpusat di Imarah Rabiatul Adawiyyah yang kini dikenali sebagai Rumah Selangor lama. Bangunan baru yang dihadiahkan ini terdiri daripada dua buah blok yang telah siap dibina dan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Haji Muhammad bin Hj.Mohd Taib,Menteri Besar Selangor pada tahun 1993. Pada bulan ogos 1995, dengan rasminya Rumah Selangor ini telah dijadikan pusat menjalankan kegiatan, aktiviti dan seumpamanya.

Sehingga menjelang tahun 2002, BKASM telah mempunyai kira-kira seramai 450 orang yang setiap tahun bertambah menjadi ahli di bawah perencanaan BKASM. Program dan aktiviti BKASM menjadi semakin bersistematik dan terancang dengan adanya komitmen ahli yang tinggi pada setiap program BKASM, juga kesediaan sebuah asrama lengkap terdiri daripada dua buah blok bangunan, sebuah musalla, maktabah, pejabat, dewan dan bilik menyambut tetamu memudahkan lagi kelancaran program. Selain itu, BKASM masih lagi menggunakan Rumah Selangor di Rabaah Al-Adawiyyah sebagai tempat untuk menjalankan program-program mini.

Namun inilah survival perjuangan, BKASM yang sebelum ini banyak membantu Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) dan Pusat Zakat Selangor(PZS) ketika itu akhirnya meninggalkan BKASM pada tahun 2003 dengan penuh berkaca. Tragedi bermula apabila Pengarah JAIS, Dato' Mansor Ramli secara drastik menarik balik pengiktirafan Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM). Tekanan demi tekanan dan tohmahan melulu dilemparkan keatas ahli BKASM dalam usaha memisahkan hubungan kerjasama BKASM dengan PMRAM yang dituduh pro pembangkang.

Tahun 2003 merupakan tahun keperitan, kepahitan tetapi ia sekali gus memberikan suatu pengalaman baru dan seterusnya mendaki takah-takah kecemerlangan. Semoga BKASM akan terus akan maju setapak demi setapak bersama timbunan khazanahnya yang kaya dengan pengajaran yang amat berharga untuk dinilai dan ditelaah oleh
generasi akan datang. Iltizam dan sokongan serta dokongan daripada ahli-ahli serta sumbangan daripada sahabat-sahabat sekeliling diyakini akan dapat memantapkan BKASM sebagai satu organisasi gerakan mahasiswa Muslim sejati yang unggul di bumi anbiya' ini.

25.07.2007....aku menjadi ahli bkasm yg rasmi...

***copy from http://bkasmonline.blogspot.com/2009/10/bkasm-dari-sebuah-lagenda.html#more .......

Read more...

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU