Derita di Kaherah..

Rabu, 3 November 2010

laporan harian metro 03.11.2010
Saje copy berita ni..Nak taip malas..So kita wat la ape2 yang patut..Bak kata orang,membantu la ape2 yang patut..Maklumat dalam berita tu,dia student Damietta City.,tp aku x prnh nampak pun..Nama macam pernah dgr..Senior kot..Ape2 pun bangga menjadi warga Damietta City..hehe...

Read more...

Petua Imam Syafie..

Ahad, 10 Oktober 2010

sekadar gambar hiasan...
  • Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu  yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.

Read more...

Kenangan Aidil Fitri 1431H..

Sabtu, 18 September 2010

Bismillah..9 Syawal hari ni..Baru rasa ada mood & masa nak upload gambar & citer pasal raya..Sebab sebelum ni computer asyik wat hal je..xpela,,Semua ni ujian..Alhamdulillah program hari raya berjalan lancar..Meriah la jugak..Memang standart raya kat overseas macam ni..3 tahun raya kat Dumyat,setahun kat Syibin.,Macam ni la program nya..Ramai tetamu yang hadir..Dumyat masih satu hati..Aku nak ucap ribuan terima kasih kat member yang tolong aku dalam masakan..Tq kat hairun,syafiq salehudin,syafiq shahrudin,meon,jawa,amali & syukri..Ni semua chef2 besar & hebat..Tq sebab korang sudi tolong aku..x lupa gak kat semua warga Dumyat yang datang gotong royong..Sory la kalau masa aku handle masakan,menu x sedap..Nak cakap x cukup,x mungkin kot..heheh..sebab lebih banyak..Sory la kalau ada kekurangan dalam memegang tugas ni..Kalau ada komen.leh la datang rumah aku..Di kesempatan ni gak aku nak ucap selamat hari raya..Maaf zahir batin..Sory ada salah silap dalam perkenalan kita..Halalkan ape2 yang patut..Semoga ukhwah kita berkekalan..Mak,,Abah.,Maya.,tahun depan along balik Malaysia kita raya sama2..Nurul pun balik,so lengkap lah balik family kita..selamat hari raya..

Gambar sekitar hari raya.. 
((sikit je yg rajin di upload.,ada lg kat facebook,nak lg bnyk kat dlm computer))

Read more...

Sambutan Aidil Fitri Damietta..

Khamis, 9 September 2010

 
Bismillah...
hm,aku nak promote progam raya DAMIETTA ni..Program raya n majlis kesyukuran bagi yang najah imtihan..Tapi ada sikit pembetulan la..Iklan yg mula2 salah..Sebab program mula raya ke2..11/09/2010..So aku harap semua dapat peka n bagi komitmen untuk program raya ni..Kalau kita sebagai ahli x support program DPM kita,sape lagi kan..

MAKLUMAT MASYHUR 2010:

Tentatif am..
10 September 2010-8 malam::tahlil n gotong royong untuk masak..
11 September 2010-7 pagi-12 tengah hari::majlis n jamuan..

Tempat..
Markaz DPM Damietta((Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud))

Yuran..
LE 10-kesyukuran(najah je)
LE 20-jamuan(utk ahli dpmd)
LE 10-jamuan(tetamu)

Aku harap sangat2 masa gotong-royong tu ramai yang datang..Leh la tolong potong2 ape2 yang patut..Pasal masak,cheff2 yang handal telah diimport..So perlukan bantuan untuk gotong-royong je..ok..Kita jumpa raya pertama kat markaz lepas isyak..

Read more...

Rahsia Di Sebalik Iklan TV3, Kebetulan atau Sengaja?

Bismillah..
Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yng memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu Orang Melayu
2.BukuBible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia Kemiskinan
4.Malam Yang GelapIslam yang mundur
5.Mentol LampuPencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar BurungSimbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM.
7.Tingkap TerbukaJalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Close up sehelai muka surat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatar belakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat BergambarBible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalikAl-Quran yang dihinakan
3.Beca MerahSamaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North StarBintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok KrismasSimbol Paganism
Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil berauraKeajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok PutihPOPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki BecaPelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan MelayuBangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau PinangTempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson)Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala LumpurMalaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu ExtraMurtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120). 

Read more...

Kelebihan Seorang Wanita..

Bismillah....
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya, Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya juga akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari serta wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, justeru menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t di akhirat, tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah...

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar Rahman ayat 13 :
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan"

apakah demikian ini masih belum mencukupi wahai kaum wanita?.........

Read more...

Kegagalan berulang lagi..bersabarlah...

Rabu, 25 Ogos 2010

Bismillah...
Penantian selama ni telah berakhir..Bermula dengan natijah lughah,seminggu kemudian natijah usuluddin lak,.n dua hari lepas tu natijah syariah lak..23/08/2010 bersamaan 13 RAMADHAN..Aku dah tau result akan keluar hari ni..Cuma saje je aku nak gi kuliah lmbt..Nak gi lepas zohor.,Tapi kul 11 syafiq dah call bagi tau pasal natijah..Dia cakap yang mengulang tahun dua semua x lepas..So aku tergolong dalam tu gak la..Mula2 dengar aku relax lg..Still tenang sebab selagi x tengok natijah depan2,,aku xkan percaya..So aku pun mandi n bersiap..Sebelum masuk kuliah singgah masjid dulu solat zohor.,Masa solat tu kepala dah serabut,,macam nak pitam pun ada bila pikir pasal natijah yang member bagi tau tadi..Kuatkan diri n berdoa lagi lepas tu..Turun je terus gi kuliah n tengok natijah yang tertampal di dinding..Masih cantik n xde yang conteng lg..Tengok kertas yang tertulis wafidin(asing)..tgk rasibun(gagal)mmg sah ada nama aku..Nama ke2 lak tu..Masa tengok tu lagi la berpinar mata aku..Terkejut sambil cover..Kire2 madah yang bulat ada 8..Maknanya aku gagal 8 madah dari 10 madah yang aku ulang..Subhanallah..Banyak nye..Macam x percaya pun ada..Padahal aku dah try jawab2 baik2,,Bila pikir2 blk xpe la..x de rezeki kot..Lepas tengok natijah puas2,aku salin natijah aku n terus balik rumah..1st benda yang aku wat call family..Call mak bagi tau natijah..Nak cakap serba salah..Tapi tu satu kenyataan,so aku terus bagi tau mak n citer semua nya..Alhamdulliah mak boleh terima  kegagalan aku ni walaupun aku tau mak sedih..Tapi mak still bagi nasihat n kata semangat kat aku..Setel call family,,call orang ke dua penting in my life..call cik maya..Bagi tau pasal natijah..dia pun bagi tau ummi pasal natijah aku,,Lepas call aku terus tidur..Tidur x lena pun..Natijah yang gagal masih terbayang kat kepala..Mata tutup tapi natijah berlegar2 dimata..aduhhhhh..Sakitnya kegagalan kali ni..Hari ni dua hari dah berlalu..Kegagalan yang mula2 aku rasa dah aku atasi dengan semangat2 yang datang dari smua org..Aku call family n maya balik bincang ape2 yang patut..Mohon maaf kat mak n abah atas kegagalan ni..Baru la lega hati..Rasa macam hati tenang sekarang..hm..,Untuk kawan2 yang lain.,yang mana berjaya tahniah untuk korang..yang mana gagal lak takziah n maybe ada hikmah disebalik kegagalan ni..Aku pun gagal gak..So sama2 la kita bangun dari kegagalan ni n kuatkan hati..Kita berusaha lebih lagi..Mana la tau rezeki kita masa ulang istisna'(last) ni..Batch aku yang dah mafsul korang pun kena tabah n sabar menerima keputusan ni..Dugaan yang paling besar setelah 3 tahun mencuba dalam Azhar..Korang wat la keputusan yang betol n pikir baik2 lepas ni samada nak tukar kuliah @ nak balik Malaysia..Yang penting kena terus menuntut ilmu..Jangna berputus asa..Batch aku yang dah tahun 4,korang hanya ada setahun lg..So bersungguh2 la mencapai kejayaan,,Pastikan najah n terus balik sebelum raya tahun depan..
Mak Abah...Along mintak maaf atas kegagalan ni..Walau ape natijah pun,along tetap rasa bersalah..Maybe along banyak main,,leka,,lalai,,hati x bersih,,suka sakitkan hati orang lain..Along berjanji pada mak abah,,ni kegagalan terakhir along..Along akan bersungguh2 lepas ni..Along xnak mak n abah terus bersusah demi along lg..Maafkan along sekali lagi mak abah sebab x dapat bagi kejayaan..
Cik maya..Saya mintak maaf tau..kalau saya dah lulus leh la kita teruskan dengan plan kita lepas ni.,Tapi bila dah sangkut sekali lagi ni,,Rasa macam terbantut lak semua program..Sory tau..Ape2 pun awak teruskan dulu dengan sivil law n sambung syariah law lak..x pe la awak abis awal setahun dari saya..
Mak..Abah..Adik2..Maya..Sedara mara..Guru2..Kawan2..Imam Muda Nuri.,Tq sebab bagi semangat kat aku masa aku dah patah semangat n putus asa ni..Tq masih tolong aku ape2 yang patut..Tq sebab bagi peluang kat aku untuk belajar lagi..Tq sangat2..Aku akan pastikan tahun ni aku mula balik semuanya..Aku nak bersihkan hati.,Nak mula study dari awal..Nak pulun btol2..Nak kejayaan yang memuaskan hati..Doakan kejayaan kita bersama kawan2...

Natijah tahun 2 iadah(mengulang) & gagal

Sebahagian natijah tahun 2(iqbal n ateh)

natijah batch tahun3(najah)
firdaus=JAYYID..naim=MAQBUL

natijah batch tahun3(syafiq,hanif=4 n syamim=6)

gambar2 sekitar natijah..aku hanya tangkap natijah member2 batch aku je..So yang 'iadah' n 'thn3' je la ada..

my result 2nd year repeat 2009/2010
ABDUL HADI MAHAMAD NAPIAH
2523-UNIVERSITY AL-AZHAR DUMYAT
1.Qoah Bahas Fiqh Muqoron-JAYYID
2.Qoah Bahas Fiqh Syafie-MAQBUL
3.Bahasa Arab-MAQBUL
4.Bahasa Inggeris-MAQBUL
5.Tauhid-MAQBUL
6.Qodoya Fiqh Mu'asarah-MAQBUL
7.Al-Quran tahun 2-MAQBUL
8.Tafsir Ayat Ahkam-RASIB
9.Ahadith Ahkam-RASIB
10.Usul Fiqh-RASIB
11.Fiqh Syafie-RASIB
12.Fiqh Muqoronah-RASIB
13.Ahwal Syakhsiah-RASIB
14.Ulum hadith-RASIB
15.Al-Quran tahun 1-RASIB

Read more...

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU