Ainul Mardhiyyah

Rabu, 9 September 2009



Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa


Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

AINUL MARDHIYYAH
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhanku
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Di hati lelaki bernama HADI ( 3X )

Read more...

Syukran DPMD 2009

ALHAMDULILLAH...Selesai juga program Majlis Kesyukuran & Sambutan Nuzul Quran(syukran) untuk tahun 2009 ni...x de benda yang aku nak banggakan kerana program ni lebih kepada untuk meraikan orang yang najah bg sessi 08/09...Yang aku leh citer sebab aku pengerusi umum dlm program ni...2 sbb aku stay n join smp program habis...Nak kata aku join sebab dapat cenderahati,x mungkin la sebab aku x najah sessi 08/09...so aku join sebab ada tanggungjawab & kerja yg perlu diuruskan(jadi pengerusi umum)...Kalau x jadi pengerusi,mayby aku join sampai solat terawih je kot...Aturcara yang ada ringkas je,iftar jamaie n solat terawih berjemaah..Lepas 2 bru mula program penyampaian cenderahati kepada mereka yang layak...Program leh kata meriah gak la walaupun x ramai yang datang...Persembahan nasyid pun ada...Kalau nak ikut hati mmg sedih sbb x najah thn dua ni...Tapi ape kan daya,semua telah tertulis n mayby ada hikmah dalam kegagalan yang aku terima...Tapi aku berjanji aku akan cuba terbaik & xkan patah semangat...Semoga kita akan sama2 berjaya sahabat2 sekalian...Doakan utk kejayaan kita & ISLAM...

Read more...

Ampunkan daku ibu

Selasa, 8 September 2009

''Ahh,sudahlah ibu,orang lain pun ada mak juga tapi tak adalah seteruk ibu'',tengking Lisa.''Tak baik nak,cakap begitu.Ibu bukan tak percayakan Lisa,tapi ibu tak yakin Lisa pergi ke hutan entah dengan siapa.....''
''Kan Lisa dah beritahu!Lisa pergi dengan Izwan.Lagipun kita orang rancang nak berkhemah di Hutan Lipur dalam sehari dua je,bukannya lama.''
''Izwan.Oooo,Izwan yang selalu ponteng sekolah tu.Ibu tak izinkan.Diri sendiri pun tak terbela,inikan anak dara orang,''bantah ibu Lisa.
''Lisa tak kisah,yang penting minggu depan Lisa pergi juga.''balas Lisa sambil merentap beg sekolahnya.
Ibunya hanya menggelengkan kepala.Setelah hampir 12 tahun dia menyara anaknya senderian,dibenaknya asyik memikirkan apa lagi yang tidak mencukupi kehendak anaknya itu.

Di sekolah,pelajar lain sedang tekun memerhati papan putih,tetapi sayangnya Lisa & Izwan berbalas pandang berkirim surat;
Lisa kita jumpa di kantin balik nanti.Abang rindu Lisa.
Selepas membaca cebisan kertas itu,Lisa senyum sendirian.Selepas beberapa detik terbuang mereka berdua bertemu di kantin.
''Lisa jadi ke kita ke Hutan Lipur?''Tanya Izwan.
Mesti jadilah.Kalau ibu tak izinkan pun Lisa tak peduli.''jawab Lisa.
''Macam tulah sayang abang.''

SEMINGGU BERLALU
''Ibu,Lisa pergi dulu.Lisa ambil RM 100 dalam dompet ibu.''
''Lisa nak buat ape dengan duit sebanyak itu?Bulan ni ibu tak cukup duit nak bayar sewa rumah,kereta.....''
''Lisa peduli ape.Tu kan tanggungjawab ibu.Sudahlah ibu Lisa pergi dululah.Malas nak dengar kicauan murai petang2 ni.''
''Lisa tolonglah singgah ke rumah Mak Limah.Hantar baju kurung ni.''
''Ibu hantar sendirilah.Malulah nak jinjit beg plastik pergi rumah orang.Lagi 1,ibu tak payah susah2 call Lisa.Lisa tahu jaga diri.''
Luruh hati ibu mendengar jawapan Lisa.Tidak sedarkah dia akan upah baju kurunglah yang menyebabkan mereka anak-beranak masih hidup hingga kini.

SEMINGGU BERLALU
''Ibu!Lisa dah balik.''jerit Lisa sambil menolak daun pintu.
''Ehhh,Mak Long.kenapa ada di sini?Mana ibu?Tak nampak pun.''
''Lisa,ibu Lisa dah tak ada lagi.Minggu lepas kemalangan semasa ke rumah Mak Limah.Kami semua cuba call Lisa tapi tak dapat.Maafkan Mak Long.Mak Long......''

Kata2 Mak Long tak didengarnya lagi hanya wajah ibu terawang2 dibenaknya.Lisa terjelopok longlai.Matanya berkaca tatkala memandang kain batik ibunya yang terlipat kemas di atas sofa.
''Ibu....ampunkan Lisa.....''

Kini rintihannya tidak lagi berguna.Ibu sudah tiada.Kini,hanya 1 ungkapan tak terlerai daripada bibirnya...::: ''ASTAGHFIRULLAHAL' AZIM''

***P/S....kepada semua anak2.,hormatilah ibubapa kita,turutlah perintah mereka,jagalah hati mereka ketika mana mereka masih hidup..hargailah ape yang masih ALLAH berikan kepada kita..doakan kesejahteraan untuk mereka....


''AMPUNKAN SEGALA DOSA ALONG MAK ABAH...''

Read more...

Di sini aku bermula..

Khamis, 3 September 2009

Alhamdulillah...Bersyukur aku ke hadrat Ilahi,dengan limpah kurnia NYA,pertolongan NYA,rahmat & nikmat yang telah di berikan oleh NYA,aku dapat bertahan & hidup di muka bumi ini..Aku masih di berikan nikmat IMAN & ISLAM...Itulah nikmat yang paling besar n aku harap TUHAN akn kekalkan dua nikmat ini kpd aku..Pujian bg ALLAH juga kerana telah memberi aku peluang utk mewujud kan blog ni...Syukran juga kepada sahabat2 yg membantu aku dlm membina blog ni..Aku akan guna kan blog ini utk menyampaikan dakwah2 & kebenaran...Segala kekuranagn & kesilapan,maaf kupohon dari semua..Teguran yg membangun amat diperlukan dlm meneruskan impian ku ini..Segala yang baik,datang dari ALLAH & yang buruk datang atas kelemahan diriku sendiri...***yakin lah bahawa ALLAH sentiasa bersama kita..***

Read more...

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU