Kenangan Aidil Fitri 1431H..

Sabtu, 18 September 2010

Bismillah..9 Syawal hari ni..Baru rasa ada mood & masa nak upload gambar & citer pasal raya..Sebab sebelum ni computer asyik wat hal je..xpela,,Semua ni ujian..Alhamdulillah program hari raya berjalan lancar..Meriah la jugak..Memang standart raya kat overseas macam ni..3 tahun raya kat Dumyat,setahun kat Syibin.,Macam ni la program nya..Ramai tetamu yang hadir..Dumyat masih satu hati..Aku nak ucap ribuan terima kasih kat member yang tolong aku dalam masakan..Tq kat hairun,syafiq salehudin,syafiq shahrudin,meon,jawa,amali & syukri..Ni semua chef2 besar & hebat..Tq sebab korang sudi tolong aku..x lupa gak kat semua warga Dumyat yang datang gotong royong..Sory la kalau masa aku handle masakan,menu x sedap..Nak cakap x cukup,x mungkin kot..heheh..sebab lebih banyak..Sory la kalau ada kekurangan dalam memegang tugas ni..Kalau ada komen.leh la datang rumah aku..Di kesempatan ni gak aku nak ucap selamat hari raya..Maaf zahir batin..Sory ada salah silap dalam perkenalan kita..Halalkan ape2 yang patut..Semoga ukhwah kita berkekalan..Mak,,Abah.,Maya.,tahun depan along balik Malaysia kita raya sama2..Nurul pun balik,so lengkap lah balik family kita..selamat hari raya..

Gambar sekitar hari raya.. 
((sikit je yg rajin di upload.,ada lg kat facebook,nak lg bnyk kat dlm computer))

Read more...

Sambutan Aidil Fitri Damietta..

Khamis, 9 September 2010

 
Bismillah...
hm,aku nak promote progam raya DAMIETTA ni..Program raya n majlis kesyukuran bagi yang najah imtihan..Tapi ada sikit pembetulan la..Iklan yg mula2 salah..Sebab program mula raya ke2..11/09/2010..So aku harap semua dapat peka n bagi komitmen untuk program raya ni..Kalau kita sebagai ahli x support program DPM kita,sape lagi kan..

MAKLUMAT MASYHUR 2010:

Tentatif am..
10 September 2010-8 malam::tahlil n gotong royong untuk masak..
11 September 2010-7 pagi-12 tengah hari::majlis n jamuan..

Tempat..
Markaz DPM Damietta((Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud))

Yuran..
LE 10-kesyukuran(najah je)
LE 20-jamuan(utk ahli dpmd)
LE 10-jamuan(tetamu)

Aku harap sangat2 masa gotong-royong tu ramai yang datang..Leh la tolong potong2 ape2 yang patut..Pasal masak,cheff2 yang handal telah diimport..So perlukan bantuan untuk gotong-royong je..ok..Kita jumpa raya pertama kat markaz lepas isyak..

Read more...

Rahsia Di Sebalik Iklan TV3, Kebetulan atau Sengaja?

Bismillah..
Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yng memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu Orang Melayu
2.BukuBible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia Kemiskinan
4.Malam Yang GelapIslam yang mundur
5.Mentol LampuPencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar BurungSimbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM.
7.Tingkap TerbukaJalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Close up sehelai muka surat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatar belakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat BergambarBible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalikAl-Quran yang dihinakan
3.Beca MerahSamaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North StarBintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok KrismasSimbol Paganism
Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil berauraKeajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok PutihPOPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki BecaPelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan MelayuBangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau PinangTempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson)Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala LumpurMalaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu ExtraMurtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120). 

Read more...

Kelebihan Seorang Wanita..

Bismillah....
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya, Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya juga akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari serta wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, justeru menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t di akhirat, tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah...

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar Rahman ayat 13 :
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan"

apakah demikian ini masih belum mencukupi wahai kaum wanita?.........

Read more...

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU