Bismillah....
Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 orang wali, Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada
70 lelaki soleh, Seorang
wanita yang
jahat adalah lebih buruk daripada
1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari
wanita yang
hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
wanita yang
tidak hamil,
Wanita yang
memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya,
Wanita yang
melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat
pahala jihad.
Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya
dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan
penuh rahmat.
Wanita yang
menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah kemudian
menjaga adab rumahtangganya akan
masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya juga akan menjadi
ketua 70,000 malaikat dan bidadari serta wanita itu akan
dimandikan di dalam syurga, justeru menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
Wanita yang
tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia
hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
Wanita yang memerah susu binatang dengan
"bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan
doa keberkatan.
Wanita yang menguli tepung gandum dengan
"bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.
Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat
pahala seperti meyapu lantai di
baitullah.
Wanita yang menjaga
solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari
mana-mana pintu yang dia suka.
Wanita yang
hamil akan dapat
pahala berpuasa pada
sianghari.
Wanita yang
hamil akan dapat
pahala beribadat pada
malam hari.
Wanita yang
bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan
puasa serta setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu
pahala haji. Sekiranya
wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai
mati syahid. Jika
wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala
12 tahun solat. Jika
wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya. Jika
wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.
Jika
wanita memicit suami
tanpa disuruh akan mendapat pahala
7 tola emas dan jika
wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat pahala
7 tola perak.
Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki
syurga. Jika suami mengajarkan isterinya
satu masalah akan mendapat pahala
80 tahun ibadat.
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t di akhirat, tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah...
Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar Rahman ayat 13 :
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan"
apakah demikian ini masih belum mencukupi wahai kaum
wanita?.........
Read more...