Good bye & Selamat berjuang Kidir

Selasa, 12 Januari 2010


Salam...Ape kabo semua??Macam ne persiapan exam??Ada exam yang dah lepas,.So rasa macam ne??Doa & tawakkal je la..Aku pun risau gak exam aku yang lepas..Sekarang pikir exam yang akan datang minggu depan ni..Disaat boring melanda diri,terasa ingin lak menulis dalam blog ni..Nak study rasa macam malas n mengantuk..Hm,gambar atas tu gambar aku dgn ustaz kidir..Gambar masa wida' dia kat markaz DPMD..Nama penuh dia KHIDZIR BIN INSAB..Baru je selesai tamatkan ijazah kat Al-Azhar DUMYAT..Natijah dia JAYYID..Dapat sambung MA kat Azhar,tapi tolak tawaran atas masalah2 tertentu..Ni kira senior aku gak la dalam DUMYAT ni..Masa aku smp tahun1 dulu dia baru tahun 3,aku tahun dua tahun lepas dia tahun akhir..Merangkap pengerusi DPM DUMYAT..Kidir ni memang orang yang periang..Bila dia berucap je comfem semua akan gelak ketawa..Pengerusi sebelum tu pun periang gak..Tapi aku tau dalam periang dorang,ada masa serius n tegas..Lagi pasal kidir,dia orang PERAK..Dah kawen lepas tasfiyah tahun lepas..Walaupun mula2 kawen x bagi tau,tapi aku tau gak..Tapi xpe la..,Dah nak jadi ayah pun..Hm,xtau dah nak isi ape lagi citer pasal kidir ni..Aku pun kenal dia dua tahun je..Dia memang baik n best la..Kala aku kenal dia dari sekolah lagi,comfem banyak yang aku leh isi dalam blog ni..Ape2 pun ustaz kidir,bila dah balik MALAYSIA,selamat berjuang dalam menegakkan ISLAM..Kalau kat MESIR semangat,kat MALAYSIA kena lagi semangat..Semoga kuat dan tabah dalam kehidupan ni..Semoga murah rezeki n dapat anak ramai..Aku wakil dari member2 doakan yang terbaik buat mu..Doakan kejayaan kami di bumi DUMYAT ni gak..Kalau jumpa kat MALAYSIA nantI tegur2 la..Jangan wat x kenal lak..hehe..

***x lupa gak ucapan semoga berjaya kat senior2 aku yang dah lps.. ((KHUSAINI,SAYUTI,HAKIM,ROSLI,SYAFIQ CHE ANI,AZLAN,MAHYUDDIN,AZIZUL HAKIM,ZAID,PAK LANG,RAZIF,FIRDAUS RAHMAN,HAFIZ BUKHORI,..dan semua senior yang ada kat muahafazah lain & Kaherah))***
***ni lak yang bakal balik x lama lagi..kalau x balik pun xpe la..Yang penting dah selesaikan ijazah kat Azhar DUMYAT((CHE HADI,UST SALAM,HALIM))***
***Kami medoakan yang terbaik buat kalian & doakan yang terbaik untuk kami..Semoga kita beroleh kejayaan di DUNIA & AKHIRAT***
 ---sudah2..jangan nak menghadap computer lagi.,habiskan baca TAFSIR untuk exam Isnin ni n ready for QODOYA next paper---

Read more...

Fasa 1 2009-2010....3 MADAH

Jumaat, 8 Januari 2010


Ni la kitab bagi 3 madah yang aku akan tempoh exam bulan ni..3 madah tapi ada 4 kitab..Susah ke senang,banyak ke sikit,ape leh wat,kena la aku lalui gak..huhu..
Smart x kitab ni??haha.,ni la kitab untuk madah 1st aku tahun ni..Madah ULUM HADITH..Madah tahun 1 aku tahun 2007 dulu yang x lulus sampai sekarang..Tahun ni ada dua kitab,dua doktor yang ajar..DR OMAR FARMAWI n DR TAUFIQ SYUSYAH..Student DUMYAT semua kenal la doktor ni..Nak cakap syadid sangat xde la..Cuma xtau la macam mana nak wat doktor puas hati dengan jawapan kami..Kitab x la tebal sangat,tapi ''kullu muqorror''..SELASA 05.01.2010 pukul 10 pagi,selesaikan..                             BITTAUFIQ WAN NAJAH ABDUL HADI  
 
Ha,.ni lak madah ke2 @ paper ke2 yang aku akan lalui dalam exam kali ni..TAFSIR AYAT AHKAM..Tahun lapas x lulus sebab doktor syadid kot..Member2 lain pun ramai x lulus madah ni..Tahun ni lak tukar doktor,.Doktor baru..DR MUHSIN AS-SYAZILY..Nampak macam syadid gak,tapi nak tolong student wafidin..Kitab memang tebal..Ada la dalam 434 muka surat..Muqorror lak dalam 200 muka surat..Yang paling best dia akan bagi soalan khas untuk wafidin..Markah 50 lak tu..Harap2 aku leh handle la kali ni..Madah ni lak aku akan exam hari ISNIN 18.01.2010 jam 10 pagi..                                                           BITTAUFIQ WAN NAJAH ADAM
Ha,ni lak madah last aku untuk fasa ni..Madah yang aku rasa paling susah n risau..QODOYA FIQH MUASARAH..Yang aku cakap susah sebab citer pasal muamalat..Perbandinagn mazhab lak tu..Lepas tu guna bahasa moden..Makna dalam kamus pun xde..Lagi susah sebab aku x minat n banyak main..huhu..Tahun lepas n tahun ni doktor sama yang ajar..DR HUSNI ABD SAMI' IBRAHIM..Kelebihan doktor ni,.'x nampak' tp hebat..Kitab tebal beratus muka surat,tapi nasib baik muqorror sikit..Tapi kalau x usaha,x baca,x paham,x afal,x guna gak oiiii...Ada masa yang panjang lepas madah tafsir sebelum madah ni..Semoga aku x sia2 kan peluang untuk wat terbaik dalam madah ni..ISNIN 01.02.2010,10pagi,do the best                                                                                                                                                             BITTAUFIQ WAN NAJAH HADIMARDHIYYAH

Read more...

Selamat Berimtihan MAHASISWA AZHAR..


                                                                                                        Salam..Ape kabo..Rasa macam dah lama x menulis dalam blog ni lak..Kadang2 rasa macam sibuk dengan exam,kadang2 rasa macam malas lak..huhu..Hm,kali ni aku nak citer pasal exam aku kali ini..Exam tahun 2010..Exam tahun dua mengulang..Semoga aku tabah n kuat study dalam tahun yang penuh mencabar ini..Mana x mencabar,ulang 10 madah,banyak tu..Kalau sangkut lagi,peluang last la aku berada dalam AZHAR ni..Semoga ALLAH menjauhkan aku dan kawan2 lain dari kegagalan..Semoga kami semua dapat keberkatan dalam menuntut ilmu,,dapat berbakti untuk AGAMA n BANGSA..Ape yang paling penting sekarang ni usaha sampai 'lebam',lepas tu doa n bertawakkal pd ALLAH..Yakin dengan rezki n qada' qadar..Kawan2 kat MESIR,semoga korang semua berjaya,mudah menjawab exam kali ni..Doakan kejayaan kita bersama..
Kat sini aku nak mohon maaf atas segala kesalahan aku kat korang..Mana tau aku ada wat korang sakit hati ke,ape ke..hehe..jgn lupa doakan aku naik tahun3..Untuk mak abah,along nak mintak maaf gak klo ada salah silap..Along akan cuba terbaik dalam exam kali ini..harap2 kejayaan bersama along..Doa n redho mak abah paling along harapkan..Ha,untuk syg lak.,sory tau kalau ada salah silap..Sory x dapat layan awak sangat bulan exam ni..Sory gak syg sbb kurang msj syg..mahal..hehe..doakan sy tau syg..Kawan2,guru2 n yg mengenali diri ini.,seribu kemaafan kupinta,doakan kejayaan ku dalam imtihan kali ni..

Read more...

Fikirkan Boleh

Rabu, 23 Disember 2009

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu


Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

***lagu ni plak aku suka dgr kalau nak amik smngt..lain org,lain cara..org lain blh,knp kt x blh??malaysia blh,.rakyat malaysia pun blh..***

Read more...

Hijjaz-Sunnah Orang Berjuang

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi ALLAH dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa airmata
Siangnya bagaikan sinar dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah
Berjuang ke jalan ALLAH

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yg perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yg ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yg fana atau syurga 

***lagu yg aku suka dgr..ble dgr tringt ms sblm aku g mesir..phone aku pun dlu bunyi ini..ble dgr waktu boring tringt family kat malaysia..semoga aku kuat semangat dlm berjuang ini..***

Read more...

Anniversary MAK ABAH..23..14.12.1986

Khamis, 10 Disember 2009





Salam..Ape kabo semua pembaca??hehe,aku nak kongsi pasal ulangtahun perkahwinan mak abah aku..23 tahun dah mereka melayari bahtera rumah tangga..Aku call abah smlm,saje tny abah mcm mn abah n mak leh bersatu hati.,Ni citer dia..hehe..Jiwang pun ada,pengalaman n pengajaran utk aku pun ada..huhu..
Abah aku org KEDAH..Dia m'besar kat sana..Ms thn 1978 abah terus membawa diri ke bandar utk mencari rezeki..Tu la permulaan abah menjadi org bandar..hehe..Mak aku lak org PERAK..dia b'hijrah ke kota pd thn 1980..Nak di jadi'n citer,,mak abah aku ni duduk tmpt sm..Rmh dorg kat Kg Penaga,Petaling Jaya..Rmh dpn2..Tapi xde la dkt sngt..Abah aku keje kat Airport Subang,.Mak lak keje kat Tamura Elektronik..
Abah citer,mula2 abah dah ada makwe kat kampung,.T'pisah sbb awek tu kawen dgn laki lain..Tapi dia msh cari abah ms tu,mayby nak mintak maaf kot,tapi abah lari,wat xtau..Abah ckp sbb dah jd bini org,bini kwn dia gak..So abah mls la nak cari psl..Anggap semua dah setel..Mak aku lak ada pakwe gak..Pakwe dia org yg keje gali minyak kat kerteh,Terengganu..Abah aku yg jd posmen antara cinta dorg..Tapi dorg cinta dgn org lain,.Nikah dgn org lain..Abah ckp xde jodoh..((harap2 cinta aku skrg kekal hingga ke jinjang perkahwinan))
Pada thn 1983,satu malam,mak aku sakit,time tu xde org nak tolong,so abah aku la yg tolong hantar mak aku gi hospital..Start tu la bermula cinta yg b'putik..Abah ckp,tiap kali waktu nak solat,mak akan tggu kat pintu rmh dia,mak akan tgk abah gi surau..Abah aku ni org surau,.Makin cinta la mak aku kat abah..Perkenalan cinta biase selama dua tahun,akhirnya abah meminang mak pd thn 1985,pinang mcm ne tu aku x sempat nak tny..Yang aku tau dorg bertunang setahun je..
14.12.1986,ms tu umur abah 28,mak 23,tarikh ni la dorg disatu'n dgn akad nikah,.Pernikahan kat kampung mak,kat Perak..Tok kadi abah ckp Imam masjid Selekoh..Nama dia abah x ingt..huhu..Sekali akad nikah,sah dorg suami isteri..Abah bg hantaran masa tu lbh kurang RM3000..Mas kawen RM90..Dua mggu lps 2 baru wat knduri kat kampung abah lak kat Kedah..Lps tu dorg terus duduk sama kat rmh abah kat kg Penaga 2..Lupa lak aku nak tny abah dorg honeymoon kat mana..
ALHAMDULILLAH,kini dah 23 tahun mak abah dlm hidup berumah tgga..Anak pun dah ada 5..Semua dah bsr2..Along tau bnyk pahit manis mak abah dalam menjaga masjid yang dibina..Lagi mencabar bila mendidik2 anak..Mak abah sanggup b'penat dalam mencari rezeki utk kami sekeluarga..Along pun dah study kat Mesir skrg,nurul kat Jordan,lps ni alang xtau la kat ne lak..Tapi kami sebagai anak,kami janji kami xkan biar'n mak abah susah lg..Cukup la pengorbanan yang mak abah dah wat dlm membesar'n kami..Kami yang akan berkorban utk mak abah lak lps ni..
Sempena ulantahun perkahwinan ni,along doa'n mak abah bahagia,terus mendapat keberkatan,murah rezeki,mendapt kesihatan tubuh badan yang lebih baik..Semoga cinta yang mak abah bina ni kekal hingga ke Syurga..
SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN ke23 MAK ABAH..
ALONG SAYANG MAK n ABAH..

***MAK,ABAH..doa'n hubungan along dgn mardhiyyah kekal..Semoga kami tabah dlm membina cinta ni..***
***Balik Malaysia nanti along nak terus nikah tau..hehe***

Read more...

25 pesanan Luqmanul Hakim

Isnin, 7 Disember 2009

1.Hai anakku;ketahuilah,sesungguhnya dunia ini bagai'n lautan yg dlm,byk manusia yg karam ke dlm nya.Bila engkau ingin slmt,agar jgn karam,layarilah lautan itu dgn SAMPAN yg b'nama TAKWA,ISInya ialah IMAN & LAYARnya adalah TAWAKKAL kpd ALLAH.
2.Orang2 yg sentiasa menyedia'n dirinya utk menerima nasihat,maka dirinya akan m'dapat penjagaan dr ALLAH.Org yg insaf & sedar stlh menerima nasihat org lain,dia akan sentiasa menerima kemuliaan dr ALLAH juga.
3.Hai anakku;org yg merasa dirinya hina & rendah diri dlm b'ibadat & taat kpd ALLAH,maka dia tawaddu' kpd ALLAH,dia akan lbh dkt kpd ALLAH & selalu b'usaha menghindar'n maksiat kpd ALLAH.
4.Hai anakku;seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yg dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagai'n baja bg tanam-tanaman.
5.Jauh'n dirimu dr b'hutang,krn sesungguhnya b'hutang itu blh m'jadi'n dirimu hina di waktu siang & gelisah di waktu malam.
6.Dan selalulah b'harap kpd ALLAH ttg sesuatu yg menyebab'n utk tidak m'derhakai ALLAH.Takutlah kpd ALLAH dgn sebenar-benar takut(takwa),tentulah engkau akan t'lepas dr sifat berputus asa dr rahmat ALLAH.
7.Hai anakku;seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya krn tidak dipercayai orang & seorang yg tlh rosak akhlaknya akan sentiasa bnyk melamun'n hal2 yg tidak benar.Ketahuilah,memindah'n batu besar dr tempatnya semula itu lbh mudah drpd memberi pengertian kpd org yg tidak mahu mengerti.
8.Hai anakku;engkau tlh merasa'n btp beratnya mengangkat batu besar & besi yg amat berat,ttp akan lbh lg drpd semua itu,adalah bilamana engkau mempunyai tetangga(jiran)yg jahat.
9.Hai anakku;janganlah engkau mengirim'n org yg bodoh sbg utusan.Maka bila tidak ada org yg cerdik,sebaiknya dirimulah sj yg layak m'jadi utusan.
10.Jauhilah b'sifat dusta,sbb dusta itu mudah dilaku'n,bagai'n memakan daging burung,padahal sedikit sahaja b'dusta itu tlh m'beri'n akibat yg b'bahaya.
11.Hai anakku;bila engkau m'punyai dua pilihan,takziah org mati @ hadir majlis perkahwinan,pilihlah utk m'ziarahi org mati,sbb ianya akan mengingat'n mu kpd kampung akhirat sedang'n menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingat'n dirimu kpd kesenangan duniawi sahaja.
12.Janganlah engkau makan sampai kenyang yg b'lebihan,krn sesungguhnya makan yg terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberi'n kpd anjing sahaja.
13.Hai anakku;janganlah engkau langsung menelan sahaja krn manisnya brg & janganlah langsung memuntah'n saja pahitnya sesuatu brg itu,krn manis blm tentu menimbul'n kesegaran & pahit itu belum tentu menimbul'n kesengsaraan.
14.Makanlah makananmu bersama-sama dgn org2 yg takwa & musyawarahlah urusanmu dgn para alim ulama' dgn cara meminta nasihat dari mereka.
15.Hai anakku;bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu ttp engkau tidak prnh mengamal'n nya.Hal itu tidak ubah bagai'n org yg mencari kayu bakar,maka stlh byk ia tidak mampu memikulnya,padahal ia masih mahu menambah'n nya.
16.Hai anakku;bilamana engkau mahu mencari kwn sejati,maka ujilah t'lebih dahulu dgn b'pura-pura m'buat dia marah.Bilamana dlm kemarahan itu dia masih berusaha menginsaf'n kamu,maka blh lah engkau mengambil dia sbg kwn.Bila tidak demikian,maka berhati-hatilah.
17.Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu,dgn demikian engkau akan disukai org melebihi sukanya seseorang t'hadap org lain yg prnh m'beri'n brg yg berharga.
18.Hai anakku;bila engkau berteman,tempat'n lah dirimu pd nya sbg org yg tidak mengharap'n sesuatu drpd nya.Namun biar'n lah dia yg mengharap'n sesuatu darimu.
19.Jadikanlah dirimu dlm sgla tingkahlaku sbg org yg tidak ingin menerima pujian @ mengharap sanjungan org lain krn itu adalah sifat riya'(riak)yg akan mendatang'n cela pd dirimu.
20.Hai anakku;janganlah engkau condong kpd urusan dunia & hatimu selalu disusah'n oleh dunia sj krn engkau dicipta'n ALLAH bukanlah utk dunia sahaja.Sesungguhnya tiada makhluk yg lebih hina drpd org yg terpedaya dgn dunianya.
21.Hai anakku;usahakanlah agar mulutmu jgn mengeluar'n kata2 yg busuk & kotor serta kasar,krn engkau akan lebih slmt bila berdiam diri.Kalau berbicara,usaha'n lah agar bicaramu mendatang'n manfaat bg org lain.
22.Hai anakku;janganlah engkau mudah ketawa kalau bkn krn sesuatu yg menggeli'n,janganlah engkau b'jalan tanpa tujuan yg pasti,janganlah engkau b'tanya sesuatu yg tidak ada guna bagimu,janganlah mensia-sia'n hartamu.
23.Barang sesiapa yg penyayang tentu akan disayangi,sesiapa yg pendiam akan slmt drpd b'kata yg mengandungi racun,& sesiapa yg tidak dpt menahan lidahnya dr b'kata kotor tentu akan menyesal.
24.Hai anakku;bergaul rapatlah dgn org yg alim lagi berilmu.Perhati'n lah kata nasihatnya krn sesungguhnya sejuklah hati ini mendengar'n nasihatnya,hiduplah hati ini dgn cahaya hikmah dr mutiara kata2 nya bagai'n tanah yg subur lalu disirami air hujan.
25.Hai anakku;ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja,& nafkah'n lah yg selebihnya utk bekalan akhiratmu.Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang @ bakul sampah krn nanti engkau akan m'jadi pengemis yg membuat beban org lain.Sebaliknya jgn lah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya krn sesungguhnya yg engkau mkn & pakai itu adalah tanah belaka.Janganlah engkau b'teman'n dgn org yg b'sifat talam dua muka,kelak akan m'binasa'n dirimu.

***adakah kita tergolong dlm org yg mengikut pesanan Luqmanul Hakim??sama2 lah kita memperbaiki diri..***

Read more...

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU