Kenangan Aidil Fitri 1431H..

Sabtu, 18 September 2010

Bismillah..9 Syawal hari ni..Baru rasa ada mood & masa nak upload gambar & citer pasal raya..Sebab sebelum ni computer asyik wat hal je..xpela,,Semua ni ujian..Alhamdulillah program hari raya berjalan lancar..Meriah la jugak..Memang standart raya kat overseas macam ni..3 tahun raya kat Dumyat,setahun kat Syibin.,Macam ni la program nya..Ramai tetamu yang hadir..Dumyat masih satu hati..Aku nak ucap ribuan terima kasih kat member yang tolong aku dalam masakan..Tq kat hairun,syafiq salehudin,syafiq shahrudin,meon,jawa,amali & syukri..Ni semua chef2 besar & hebat..Tq sebab korang sudi tolong aku..x lupa gak kat semua warga Dumyat yang datang gotong royong..Sory la kalau masa aku handle masakan,menu x sedap..Nak cakap x cukup,x mungkin kot..heheh..sebab lebih banyak..Sory la kalau ada kekurangan dalam memegang tugas ni..Kalau ada komen.leh la datang rumah aku..Di kesempatan ni gak aku nak ucap selamat hari raya..Maaf zahir batin..Sory ada salah silap dalam perkenalan kita..Halalkan ape2 yang patut..Semoga ukhwah kita berkekalan..Mak,,Abah.,Maya.,tahun depan along balik Malaysia kita raya sama2..Nurul pun balik,so lengkap lah balik family kita..selamat hari raya..

Gambar sekitar hari raya.. 
((sikit je yg rajin di upload.,ada lg kat facebook,nak lg bnyk kat dlm computer))

Read more...

Sambutan Aidil Fitri Damietta..

Khamis, 9 September 2010

 
Bismillah...
hm,aku nak promote progam raya DAMIETTA ni..Program raya n majlis kesyukuran bagi yang najah imtihan..Tapi ada sikit pembetulan la..Iklan yg mula2 salah..Sebab program mula raya ke2..11/09/2010..So aku harap semua dapat peka n bagi komitmen untuk program raya ni..Kalau kita sebagai ahli x support program DPM kita,sape lagi kan..

MAKLUMAT MASYHUR 2010:

Tentatif am..
10 September 2010-8 malam::tahlil n gotong royong untuk masak..
11 September 2010-7 pagi-12 tengah hari::majlis n jamuan..

Tempat..
Markaz DPM Damietta((Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmud))

Yuran..
LE 10-kesyukuran(najah je)
LE 20-jamuan(utk ahli dpmd)
LE 10-jamuan(tetamu)

Aku harap sangat2 masa gotong-royong tu ramai yang datang..Leh la tolong potong2 ape2 yang patut..Pasal masak,cheff2 yang handal telah diimport..So perlukan bantuan untuk gotong-royong je..ok..Kita jumpa raya pertama kat markaz lepas isyak..

Read more...

Rahsia Di Sebalik Iklan TV3, Kebetulan atau Sengaja?

Bismillah..
Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yng memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu Orang Melayu
2.BukuBible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia Kemiskinan
4.Malam Yang GelapIslam yang mundur
5.Mentol LampuPencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar BurungSimbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM.
7.Tingkap TerbukaJalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Close up sehelai muka surat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatar belakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat BergambarBible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalikAl-Quran yang dihinakan
3.Beca MerahSamaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North StarBintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok KrismasSimbol Paganism
Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil berauraKeajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok PutihPOPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki BecaPelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan MelayuBangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau PinangTempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson)Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala LumpurMalaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu ExtraMurtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.
Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120). 

Read more...

Kelebihan Seorang Wanita..

Bismillah....
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya, Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya juga akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari serta wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, justeru menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun) maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah s.w.t di akhirat, tetapi Allah s.w.t. akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah...

Firman Allah s.w.t. dalam surah Ar Rahman ayat 13 :
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan"

apakah demikian ini masih belum mencukupi wahai kaum wanita?.........

Read more...

Kegagalan berulang lagi..bersabarlah...

Rabu, 25 Ogos 2010

Bismillah...
Penantian selama ni telah berakhir..Bermula dengan natijah lughah,seminggu kemudian natijah usuluddin lak,.n dua hari lepas tu natijah syariah lak..23/08/2010 bersamaan 13 RAMADHAN..Aku dah tau result akan keluar hari ni..Cuma saje je aku nak gi kuliah lmbt..Nak gi lepas zohor.,Tapi kul 11 syafiq dah call bagi tau pasal natijah..Dia cakap yang mengulang tahun dua semua x lepas..So aku tergolong dalam tu gak la..Mula2 dengar aku relax lg..Still tenang sebab selagi x tengok natijah depan2,,aku xkan percaya..So aku pun mandi n bersiap..Sebelum masuk kuliah singgah masjid dulu solat zohor.,Masa solat tu kepala dah serabut,,macam nak pitam pun ada bila pikir pasal natijah yang member bagi tau tadi..Kuatkan diri n berdoa lagi lepas tu..Turun je terus gi kuliah n tengok natijah yang tertampal di dinding..Masih cantik n xde yang conteng lg..Tengok kertas yang tertulis wafidin(asing)..tgk rasibun(gagal)mmg sah ada nama aku..Nama ke2 lak tu..Masa tengok tu lagi la berpinar mata aku..Terkejut sambil cover..Kire2 madah yang bulat ada 8..Maknanya aku gagal 8 madah dari 10 madah yang aku ulang..Subhanallah..Banyak nye..Macam x percaya pun ada..Padahal aku dah try jawab2 baik2,,Bila pikir2 blk xpe la..x de rezeki kot..Lepas tengok natijah puas2,aku salin natijah aku n terus balik rumah..1st benda yang aku wat call family..Call mak bagi tau natijah..Nak cakap serba salah..Tapi tu satu kenyataan,so aku terus bagi tau mak n citer semua nya..Alhamdulliah mak boleh terima  kegagalan aku ni walaupun aku tau mak sedih..Tapi mak still bagi nasihat n kata semangat kat aku..Setel call family,,call orang ke dua penting in my life..call cik maya..Bagi tau pasal natijah..dia pun bagi tau ummi pasal natijah aku,,Lepas call aku terus tidur..Tidur x lena pun..Natijah yang gagal masih terbayang kat kepala..Mata tutup tapi natijah berlegar2 dimata..aduhhhhh..Sakitnya kegagalan kali ni..Hari ni dua hari dah berlalu..Kegagalan yang mula2 aku rasa dah aku atasi dengan semangat2 yang datang dari smua org..Aku call family n maya balik bincang ape2 yang patut..Mohon maaf kat mak n abah atas kegagalan ni..Baru la lega hati..Rasa macam hati tenang sekarang..hm..,Untuk kawan2 yang lain.,yang mana berjaya tahniah untuk korang..yang mana gagal lak takziah n maybe ada hikmah disebalik kegagalan ni..Aku pun gagal gak..So sama2 la kita bangun dari kegagalan ni n kuatkan hati..Kita berusaha lebih lagi..Mana la tau rezeki kita masa ulang istisna'(last) ni..Batch aku yang dah mafsul korang pun kena tabah n sabar menerima keputusan ni..Dugaan yang paling besar setelah 3 tahun mencuba dalam Azhar..Korang wat la keputusan yang betol n pikir baik2 lepas ni samada nak tukar kuliah @ nak balik Malaysia..Yang penting kena terus menuntut ilmu..Jangna berputus asa..Batch aku yang dah tahun 4,korang hanya ada setahun lg..So bersungguh2 la mencapai kejayaan,,Pastikan najah n terus balik sebelum raya tahun depan..
Mak Abah...Along mintak maaf atas kegagalan ni..Walau ape natijah pun,along tetap rasa bersalah..Maybe along banyak main,,leka,,lalai,,hati x bersih,,suka sakitkan hati orang lain..Along berjanji pada mak abah,,ni kegagalan terakhir along..Along akan bersungguh2 lepas ni..Along xnak mak n abah terus bersusah demi along lg..Maafkan along sekali lagi mak abah sebab x dapat bagi kejayaan..
Cik maya..Saya mintak maaf tau..kalau saya dah lulus leh la kita teruskan dengan plan kita lepas ni.,Tapi bila dah sangkut sekali lagi ni,,Rasa macam terbantut lak semua program..Sory tau..Ape2 pun awak teruskan dulu dengan sivil law n sambung syariah law lak..x pe la awak abis awal setahun dari saya..
Mak..Abah..Adik2..Maya..Sedara mara..Guru2..Kawan2..Imam Muda Nuri.,Tq sebab bagi semangat kat aku masa aku dah patah semangat n putus asa ni..Tq masih tolong aku ape2 yang patut..Tq sebab bagi peluang kat aku untuk belajar lagi..Tq sangat2..Aku akan pastikan tahun ni aku mula balik semuanya..Aku nak bersihkan hati.,Nak mula study dari awal..Nak pulun btol2..Nak kejayaan yang memuaskan hati..Doakan kejayaan kita bersama kawan2...

Natijah tahun 2 iadah(mengulang) & gagal

Sebahagian natijah tahun 2(iqbal n ateh)

natijah batch tahun3(najah)
firdaus=JAYYID..naim=MAQBUL

natijah batch tahun3(syafiq,hanif=4 n syamim=6)

gambar2 sekitar natijah..aku hanya tangkap natijah member2 batch aku je..So yang 'iadah' n 'thn3' je la ada..

my result 2nd year repeat 2009/2010
ABDUL HADI MAHAMAD NAPIAH
2523-UNIVERSITY AL-AZHAR DUMYAT
1.Qoah Bahas Fiqh Muqoron-JAYYID
2.Qoah Bahas Fiqh Syafie-MAQBUL
3.Bahasa Arab-MAQBUL
4.Bahasa Inggeris-MAQBUL
5.Tauhid-MAQBUL
6.Qodoya Fiqh Mu'asarah-MAQBUL
7.Al-Quran tahun 2-MAQBUL
8.Tafsir Ayat Ahkam-RASIB
9.Ahadith Ahkam-RASIB
10.Usul Fiqh-RASIB
11.Fiqh Syafie-RASIB
12.Fiqh Muqoronah-RASIB
13.Ahwal Syakhsiah-RASIB
14.Ulum hadith-RASIB
15.Al-Quran tahun 1-RASIB

Read more...

RAMADHAN menjelang lagi..

Rabu, 11 Ogos 2010

Bismillah wa Subhanallah..
1 RAMADHAN 1431..Alhamdulillah..Bertemu lagi kita dgn RAMADHAN kali ni..Kita masih diberi peluang utk bertemu dgn RAMADHAN utk menambah n memperbaiki amalan kita..Ni la bulan peluang n tarbiyah sbb semua amalan berlipat kali ganda..Tidur pun ibadah..(tp rugi la sikit kalau tidor jer)so bnyk2 kan la bersedekah,,baca Al-Quran,,berdoa..
Tahun ni tahun ke4 aku berpuase kat MESIR..2007-2008-2009-2010..Maknenya dah 4 tahun la aku x berpuase bersama family tersayang..Kalau dulu puase dgn family best..Makan sahur mak siapkan,buka puase pun dah ada..Tinggal tlg ape2 yg patut je..Sekarang hidup bujang n di perantauan,.Sendiri mau ingt la..Kena pndai2 nak hidup...
Start malam 1 RAMADHAN je,,bermula la jadual baru..Solat terawih..Kalau aku duk rmh,comferm solat kat surau taman je..Kalau duk asrama.,masjid SG MANGGIS  la port sedap..Lagi pun bnyk puase kat asrama dari rumah..Tapi kenagan puase kat rumah tu lg manis la..Alhamdulillah la sejak form2 terawih x pernah miss..Comferm wat tiap2 mlm..Kalau berbuka puase kat luar pun n smp rmh tgh malam,aku akan wat gak terawih..Sebab skali je setahun..So rugi la tinggal..Kenangan manis terawih lak pernah jadi imam kat surau taman sebab masa tu abah kerje n imam lain x de..So aku la yg kedepan..Pengalaman mendewasakn kita..Lepas terawih ada minum2 sikit,tp aku terus balik..Lepas tu bermula la sessi tadarus..Abah yang jadi leader..Sekali baca nak setengah juz gak la..Cukup la sorang 2x round..Kalau mak n wani x de,bnyk la yang laki kena baca..hehehe..
Sahur pun bermula..Mak akan bangun dulu utk siapkan hidangan..Lepas tu baru wani bangun..Dia tolong ape2 yang patut je..Lepas tu  bru la kami bangun..Aku pun sussh gak nak bangun pagi..Macam mana la dah kawen nanti..Menu sahur comferm nasi.,Lepas tu.,minum milo n mkn roti lak..kire macam favorite la..Tapi kat sini roti x sedap..huhuh..Last sekali abah akan pesan,''minum air kosong bnyk2..nant dahaga''sampai sekarang terbayang ayat tu..hehe..Sekarang aku yang nasihat kwn2..Lepas subuh tadarus pun bermula..Baca yang mana mampu je...hehe..Comferm ngantuk walaupun x biasa tidur pagi..
Hm..macam tu la jadual puase hari2..kalau x kat asrama,kat rumah..Ada gak la skali2 buka puase kat KL,,SHAH ALAM,,KLANG..Saja nak berbuka dgn member2..ha,kalau berbuka kat luar,,comferm fly..hehe..Sorry warden asrama ku..Yang penting rindu la suasana puase kat MALAYSIA dgn family..Tahun ni mesti mak abah puase boring kan sebab xde sape2 kat rumah..Alang kat campus,,Uda kat mrsm.,so tinggal adik je la..Berbuka kat luar je la mak..Romatik sikit..
Sekarang ni berpuasa kat MESIR..Tiap2 pagi akan ada arab datang pusing2 tiap rumah ketuk gendang untuk kejut sahur..Pagi sahur masak gilir2..Lepas tu dah x tau nak watpe..Lepas baca Quran,tidur la sampai muakkk..Berbuka lak pilih la rumah arab mana yang nak..Sebab bnyk sangat yang nak bersedekah..Makan lak sampai nak muntah..Kenyang sangat..Lepas tu  balik rumah comferm ngantuk..Kalau layan ngantuk,,cmfm x g terawih..Terawih kat MESIR best..Walaupun baca 1juz,best sbb suare sedap..Mmg feeling la masa solat..lagi2 kalau kita afal surah2 tu semua..Tp kalau turn imam yang baca slow2.,comferm lentok..Tapi habis gak terawih tu..So kena kuatkan smngt la..hm..Macam tu la puase kat MESIR..Meriah..Best..Tahun ni memang boring la puase kat sini sebab semua member balik..Tahun lepas separuh balik pun dah boring,,tahun ni lagi ramai..Memang x tau la nak wat mcm ne..Walaupun boring,ibadah perlu diteruskan gak..Tapi aku hanya rindukan suasana MALAYSIA je..Boring puase kat DUMYAT.,tkr angin kat CAIRO lak.ke..MANSOURA lak ke..ZAQAZIQ ke..Tapi mampu ke nak berjalan di musim panas yang cmfm menguji kesabaran ni??huhu...
Wahai family ku..mak abah..Dah lama kita x rasa suasana RAMADHAN sama2..Bersahur,Berbuka,Terawih,Tadarus..Hanya kenangan je yang ada sekarag..Ape2 pun along akan cuba wat ape2 yang mak abah dah ajar along selama ni..Kat sini la along nak bentuk diri along..Walaupun x dapat tadarus ramai2,along akan wat walaupun sorang2..Nasihat mak n abah along x kan lupa..Mak abah akan pesan masa along call,''jangan x sahur,,minum air bnyk2,,baca Quran bnyk2,,doa bnyk2,,amik peluang RAMADHAN''..so along x kan lupa semua pesanan n nasihat mak abah ni..tq mak,abah atas didikan ni..Along bersyukur semua ni..Along tau ni didikan yang terbaik yang mak abah bagi along..Sekarang along akan tambah supaya leh jadi yg terbaik..InsyaALLAH tahun depan kita leh menyambut RAMADHAN n SYAWAL sama2..Along akan blk bercuti n wani adik ku akan balik abis dr JORDAN..Kita bergembira bersama2 lagi tahun dpn..
Di kesempatan RAMADHAN ni..Aku nak ucap salam RAMADHAN n slmt berpuase kepada family aku..MAK..ABAH..NURUL..ALANG..UDA..ADIK..Semoga tahun ni dapat melakukan ibadah RAMADHAN dengan lebih baik..Tingkatkan amal ibadah..Banyakkan berdoa..Anggap la RAMADHAN kali ni yang terakhir supaya kita bersungguh2 mengerjakannya..x lupa gak salam RAMADHAN untuk kekasih hati.,Ainul Mardhiyyah sekeluarga..InsyaALLAH tahun depan pun kita leh berpuase sama2..heheh..kim salam kat family awk..
Di waktu aku menulis blog ni.,natijah aku untuk exam lepas x keluar lagi..So doa2 la aku najah dalam imtihan ni..Semoga ada keberkatan dalam RAMADHAN ni..Kita sama2 doa kwn2..InsyaALLAH kita najah..
Salam RAMADHAN n selamat menyambut bulan RAMADHAN..Selamat berpuase,,berbuka,,bersahur bertarawih,,selamat megerjakan amal ibadah khas untuk family ku,,family zaujah ku,,saudara maraku,,guru2 ku,,kawan2 ku,,semua sahabat2 yang berada di perantauan n semua yang menenali diriku...

salam RAMADHAN 1431H..
ikhlas dariku..
Abdul Hadi Mahamad Napiah..
University al-Azhar,Egypt..

Read more...

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU