4 KEMULIAAN UMMAT MUHAMMAD & TANDA KEMATIAN YG BAIK

Khamis, 14 April 2011

Bismillah..
4 KEMULIAAN UMMAT MUHAMMAD 
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata: "Sesungguhnya Allah SWT telah memberikan kepada umat Muhammad SAW empat kemuliaan yang tidak diberikan kepada aku iaitu:

1. Taubat aku hanya diterima di Kota Mekah, sementara taubat umat Muhammad SAW diterima oleh Allah di sebarang tempat.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka, maka Allah SWT menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah SWT memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah SWT, maka Allah SWT telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka kepada Allah, Allah tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah SWT dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW derhaka kepada Allah akan dimaksudkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah SWT."

TANDA KEMATIAN YG BAIK
Tanda orang yg mati cara baik dan dia suka jumpa Allah waktu mati ialah:
1. selepas dia mati, dahinya berpeluh
2. pada wajahnya kelihatan tenang dan ceria
3. boleh melafazkan kalimah Lailahaillallah
4. waktu jenazah dikebumikan, banyak tanda-tanda baik
5. di perkuburannya ada banyak burung berkicau-kicau

0 komen:

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU