Derita di Kaherah..
Rabu, 3 November 2010

* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
Bismillah..9 Syawal hari ni..Baru rasa ada mood & masa nak upload gambar & citer pasal raya..Sebab sebelum ni computer asyik wat hal je..xpela,,Semua ni ujian..Alhamdulillah program hari raya berjalan lancar..Meriah la jugak..Memang standart raya kat overseas macam ni..3 tahun raya kat Dumyat,setahun kat Syibin.,Macam ni la program nya..Ramai tetamu yang hadir..Dumyat masih satu hati..Aku nak ucap ribuan terima kasih kat member yang tolong aku dalam masakan..Tq kat hairun,syafiq salehudin,syafiq shahrudin,meon,jawa,amali & syukri..Ni semua chef2 besar & hebat..Tq sebab korang sudi tolong aku..x lupa gak kat semua warga Dumyat yang datang gotong royong..Sory la kalau masa aku handle masakan,menu x sedap..Nak cakap x cukup,x mungkin kot..heheh..sebab lebih banyak..Sory la kalau ada kekurangan dalam memegang tugas ni..Kalau ada komen.leh la datang rumah aku..Di kesempatan ni gak aku nak ucap selamat hari raya..Maaf zahir batin..Sory ada salah silap dalam perkenalan kita..Halalkan ape2 yang patut..Semoga ukhwah kita berkekalan..Mak,,Abah.,Maya.,tahun depan along balik Malaysia kita raya sama2..Nurul pun balik,so lengkap lah balik family kita..selamat hari raya..
Bismillah..
Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yng memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.
Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?
Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan"
Bismillah...
Penantian selama ni telah berakhir..Bermula dengan natijah lughah,seminggu kemudian natijah usuluddin lak,.n dua hari lepas tu natijah syariah lak..23/08/2010 bersamaan 13 RAMADHAN..Aku dah tau result akan keluar hari ni..Cuma saje je aku nak gi kuliah lmbt..Nak gi lepas zohor.,Tapi kul 11 syafiq dah call bagi tau pasal natijah..Dia cakap yang mengulang tahun dua semua x lepas..So aku tergolong dalam tu gak la..Mula2 dengar aku relax lg..Still tenang sebab selagi x tengok natijah depan2,,aku xkan percaya..So aku pun mandi n bersiap..Sebelum masuk kuliah singgah masjid dulu solat zohor.,Masa solat tu kepala dah serabut,,macam nak pitam pun ada bila pikir pasal natijah yang member bagi tau tadi..Kuatkan diri n berdoa lagi lepas tu..Turun je terus gi kuliah n tengok natijah yang tertampal di dinding..Masih cantik n xde yang conteng lg..Tengok kertas yang tertulis wafidin(asing)..tgk rasibun(gagal)mmg sah ada nama aku..Nama ke2 lak tu..Masa tengok tu lagi la berpinar mata aku..Terkejut sambil cover..Kire2 madah yang bulat ada 8..Maknanya aku gagal 8 madah dari 10 madah yang aku ulang..Subhanallah..Banyak nye..Macam x percaya pun ada..Padahal aku dah try jawab2 baik2,,Bila pikir2 blk xpe la..x de rezeki kot..Lepas tengok natijah puas2,aku salin natijah aku n terus balik rumah..1st benda yang aku wat call family..Call mak bagi tau natijah..Nak cakap serba salah..Tapi tu satu kenyataan,so aku terus bagi tau mak n citer semua nya..Alhamdulliah mak boleh terima kegagalan aku ni walaupun aku tau mak sedih..Tapi mak still bagi nasihat n kata semangat kat aku..Setel call family,,call orang ke dua penting in my life..call cik maya..Bagi tau pasal natijah..dia pun bagi tau ummi pasal natijah aku,,Lepas call aku terus tidur..Tidur x lena pun..Natijah yang gagal masih terbayang kat kepala..Mata tutup tapi natijah berlegar2 dimata..aduhhhhh..Sakitnya kegagalan kali ni..Hari ni dua hari dah berlalu..Kegagalan yang mula2 aku rasa dah aku atasi dengan semangat2 yang datang dari smua org..Aku call family n maya balik bincang ape2 yang patut..Mohon maaf kat mak n abah atas kegagalan ni..Baru la lega hati..Rasa macam hati tenang sekarang..hm..,Untuk kawan2 yang lain.,yang mana berjaya tahniah untuk korang..yang mana gagal lak takziah n maybe ada hikmah disebalik kegagalan ni..Aku pun gagal gak..So sama2 la kita bangun dari kegagalan ni n kuatkan hati..Kita berusaha lebih lagi..Mana la tau rezeki kita masa ulang istisna'(last) ni..Batch aku yang dah mafsul korang pun kena tabah n sabar menerima keputusan ni..Dugaan yang paling besar setelah 3 tahun mencuba dalam Azhar..Korang wat la keputusan yang betol n pikir baik2 lepas ni samada nak tukar kuliah @ nak balik Malaysia..Yang penting kena terus menuntut ilmu..Jangna berputus asa..Batch aku yang dah tahun 4,korang hanya ada setahun lg..So bersungguh2 la mencapai kejayaan,,Pastikan najah n terus balik sebelum raya tahun depan..
Mak Abah...Along mintak maaf atas kegagalan ni..Walau ape natijah pun,along tetap rasa bersalah..Maybe along banyak main,,leka,,lalai,,hati x bersih,,suka sakitkan hati orang lain..Along berjanji pada mak abah,,ni kegagalan terakhir along..Along akan bersungguh2 lepas ni..Along xnak mak n abah terus bersusah demi along lg..Maafkan along sekali lagi mak abah sebab x dapat bagi kejayaan..
Cik maya..Saya mintak maaf tau..kalau saya dah lulus leh la kita teruskan dengan plan kita lepas ni.,Tapi bila dah sangkut sekali lagi ni,,Rasa macam terbantut lak semua program..Sory tau..Ape2 pun awak teruskan dulu dengan sivil law n sambung syariah law lak..x pe la awak abis awal setahun dari saya..
Mak..Abah..Adik2..Maya..Sedara mara..Guru2..Kawan2..Imam Muda Nuri.,Tq sebab bagi semangat kat aku masa aku dah patah semangat n putus asa ni..Tq masih tolong aku ape2 yang patut..Tq sebab bagi peluang kat aku untuk belajar lagi..Tq sangat2..Aku akan pastikan tahun ni aku mula balik semuanya..Aku nak bersihkan hati.,Nak mula study dari awal..Nak pulun btol2..Nak kejayaan yang memuaskan hati..Doakan kejayaan kita bersama kawan2...
© HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009
Back to MENU