Jenis-Jenis PEGUAM

Isnin, 30 November 2009


Salam alaik...

Saje nak kongsi maklumat ttg pelajar undang2 & juga dunia 'KEPEGUAMAN'
Sebaik saje seorang pelajar undang2 lulus dgn Ijazah Sarjana Muda dari mana2 fakulti undang2 yg diiktiraf, sbg graduan undang2, dia kini boleh memilih bbrp peluang kerjaya.
Biasanya, peluang yg jelas bg graduan undang2 ialah:

1.peguam bela @ peguam cara
2.majistret
3.penasihat undang-undang
4.peguam syar'ie (dengan mengambil kertas khas ataupun berdasarkan pengkhususan semasa di universiti)

Walau bagaimanapun, sbg graduan undang2 bkn semestinya akan menjadi mn2 seperti 1-4 di atas. Menjadi graduan dlm apa2 bidang sekalipun,ia adalah sbg 1 loncatan semata2. Yg penting kita kene kreatif dlm memilih kerjaya.
Bercakap tentang peguam,ramai yg ingin tahu lebih lanjut tntg perbezaan jwtn peguam itu sndiri spt peguam bela, peguam cara, ataupun peguam syar'ie.

Sekiranya graduan td memilih utk mnjd seorg peguam, dia hndaklah mncari satu firma guaman. Di dlm firma tersebut, dia hendaklah mengenal pasti sama ada peguam yg memiliki ataupun brtugas di firma tersebut telah mnjd peguam dlm tempoh 7 thn berturut2.Hny peguam senior itu yg boleh menerima graduan td sbg peguam terlatih. Peguam yg mempunyai tempoh amalan kurang drpd 7 thn tdk boleh menerima mana2 peguam pelatih ataupun chambering student.

Utk mndapat kelayakan sbg peguam yg bertauliah, peguam pelatih akan mendapat'n tunjuk ajar drpd peguam senior td slma 9 bln. Sebaik shj dia tamat tempoh tersebut, satu majlis khas akan diadakan di Mahkamah Tinggi dan pada ketika itu peguam pelatih td akan diisytiharkan oleh hakim sbg seorg peguam bela @ peguam cara.
Mulai drpd tempoh tersebut,dia sudah boleh digelar peguam bertauliah. (Ohh,agak2 memerit'n gak nampaknya…huhuhuhu (*-*)

Di Malaysia,seorangg peguam yg bertauliah secara automatic akan diberikan status peguam bela @ peguam cara. Secara kasar, peguam bela ialah peguam yg hadir ke mahkamah & menjalan'n perbicaraan kes di mahkamah. Sementara peguam cara ialah peguam yg mengurus'n surat2 cara, perjanjian serta urusan jual beli tanah, penyewaan ataupun apa2 urusan yg tdk melibat'n peguam itu ke mahkamah.

Mana2 graduan undang2 yg tdk mengikuti program latihan slama 9 bln di firma guaman,tdk layak bergelar peguam.
Sbg cth, jika graduan tersebut berminat utk menjadi majistret @ hakim,dia boleh terus memohon jawatan trsebut tanpa melalui proses chambering td. Begitu juga dgn jwtn penasihat undang2 syarikat.
Peguam syar'ie pula ialah peguam yg khusus menguruskan kes2 di mahkamah syariah shj. Hny peguam yg beragama Islam sahaja layak utk menjadi peguam syar'ie. Peguam syar'ie perlu mengkhusus dlm bidang guaman syar'ie semasa di universiti ataupun graduan undang2 biasa yg mngambil diploma guaman syar'ie slps tamat pengajian.

Apabila menjadi peguam bela @ peguam cara, peguam itu boleh saje hadir di mana2 mahkamah di Semenanjung ataupun mahkamah di Sabah & Sarawak. Tetapi seorang peguam syar'ie di Kuala Lumpur misalnya, tdk boleh hadir bertugas di mahkamah-mahkamah negeri lain, melain'n beliau mendapat tauliah drpd negeri yg berkenaan.
Hal ini disebab'n tauliah peguam syar'ie dikeluar'n oleh setiap negeri. Ertinya,jika peguam syar'ie tersebut ingin menjalan'n amalannya dlm setiap negeri di Malaysia,beliau hendaklah memiliki 14 jenis tauliah peguam syar'ie. Itulah keunikan sbg peguam syar'ie.

“Nilai ilmu yg paling rendah ialah yg terhenti pada lidah sahaja, dan yg paling tinggi pula ialah yg zahir pada anggota dan amalan.” (Saidina Ali)


***copy from http://secerahbintang.blogspot.com/2009/11/jenis-jenis-peguam.html .....
***dan sedikit maklumat dan kefahaman dr tunang kesayangan..bakal lawyer..

0 komen:

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU