Selamat menghadapi Imtihan

Rabu, 18 Mei 2011

Bismillah..
ABDUL HADI MAHAMAD NAPIAH
TAHUN 2(FURSATAN AKHIRAH)
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM & BAHASA ARAB
JABATAN SYARIAH ISLAMIAH
UNIVERSITI AL-AZHAR,DUMYAT
2522

Jadual Imtihan Fasal II 2010/2011
01/06/2011(RABU)-Syafawi madah Usul Fiqh & Fiqh Syafie'
07/06/2011(SELASA)-Takhaluff Al-Quran 1
20/06/2011(ISNIN)-Usul Fiqh
27/06/2011(ISNIN)-Fiqh Muqoronah
04/07/2011(ISNIN)-Fiqh Syafie
11/07/2011(ISNIN)-Ahwal Syakhsiah
14/07/2011(KHAMIS)-Ahadith Ahkam
SELAMAT BERIMTIHAN MAHASISWA AL-AZHAR
BITTAUFIQ WAN NAJAH
*Sorry kalau aku ada salah silap kat korg smua..
**Halalkan ape2 yang patut..
***Jom kita sama2 berusaha,lepas tu wat exam betol2,lepas tu kita tawakkal & last sekali kena kuat & rajin berdoa..
****Sama2 kita berdoa utk kejayaan & kecemerlangan kita bersama..
*****Mak,Abah,along akan usaha bersungguh2 & wat betol2 dalam exam kali ni..peluang kali terakhir ni along xkan sia2 kan..Dokan kejayaan along..semoga ada keberkatan & kejayaan..




Read more...

10 Pensyarah Al-Azhar Berkhidmat Di M'sia

Bismillah..

KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah dari Universiti Al-Azhar, Mesir akan berkhidmat di Malaysia bermula Isnin ini bagi membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar agama jurusan tahfiz dalam negara.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata, antara bidang kepakaran tenaga pengajar itu ialah dalam bidang Qiraat, Bahasa Arab, Fiqh dan Dakwah.
"Perkara ini dilihat sekali gus dapat menyokong usaha Darul Quran, Jakim untuk menjadi sebuah universiti yang berteraskan pengajian Hafiz Al-Quran serta memantapkan program Ijazah Universiti Sains Islam Malaysia - Darul Quran yang sudah bermula sejak 2009," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Othman berkata, tujuh daripada tenaga pengajar itu akan ditempatkan di Darul Quran, dua di sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan seorang di Maahad Tahfiz, Pahang.
Katanya, penempatan tenaga pengajar itu adalah berdasarkan bidang kepakaran mereka dan kesesuaian dengan institusi pengajian yang terlibat.
Universiti Al-Azhar menawarkan khidmat pakar tenaga pengajar itu melalui Sheikhul Azhar iaitu Prof Dr Sheikh Ahmed Tayyeib dalam pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa menteri berkenaan membuat lawatan kerja ke Mesir pada 30 September tahun lepas.

Read more...

Rompakan di Mesir..

Sabtu, 30 April 2011

Bismillah..
copy from harian Metro 30/04/2011
Mengenai rompakan & kecurian di Mesir lg..Berita hari ni best sikit sebab ada guna pistol..Kes membabitkan dua pelajar Selangor dari Bawwabah Talatah ke Hayyu Sabe'..Kes lain membabitkan kecurian di kompleks asrama pelajar Terengganu..PMRAM pun semakin terkenal..hehe..Ape2 pun baca la sendiri..Macam biase la nasihat aku sebagai rakan,berhati2 ketika berada di mana2..

Read more...

Pelajar di Mesir dlm ketakutan

Jumaat, 29 April 2011

Bismillah...
copy from harian metro 29/04/2011
Ingat'n x kuar kat akhbar Malaysia berita2 macam ni..Rasa dah banyak kes berlaku..Ape2 pun tq siape yang bagi maklumat & tq kepada metro kerana sudi menyiar'n nya..Yang best nya ada PMRAM dlm ni..Mesti orang metro ahli PMRAM..Caya la PMRAM..Nama president PMRAM,Ust Shahrizan pun ada tulis..Dalam gambar tu lak ada pegawai Selangor,president PMRAM,TYDP BKASM & YDP BKAWM..Nasihat untuk rakyat Malaysia di Mesir,berhati2 la..Jangan kuar sorang2..Ajak geng..Lagi2 akhwat..Kena berhati2...ikhwah2 kat Kaherah,Iskandariah & Mansoura,jd mushriff la kalau anda diperlukan oleh akhwat..Kesian dorang..x cukup orang,hero2 dari Dumyat pun leh tolong..hehehe..
PMRAM:-Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir..
BKAWM:-Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir..
BKASM:-Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir..

Read more...

Skabies lumprah di asrama..

Selasa, 26 April 2011

Bismillah..
copy from harian metro..tarikh x ingat..
Hanya sebagai info..Ni pun ada kenangan gak dengan aku dulu masa kecik2..Masa mula2 masuk asrama..Tapi sekali je kot aku kena 'skebis' ni..Maybe nak jadi kenangan sampai skrg..(kalau x kena.x de kenangan)tp kesan xde..hehe..Kalau yang kena penyakit ni masa kat asrama,comfem warden bagi balik rumah,takut berjangkit dengan orang lain..Sampai ada yang nak balik,sanggup wat2 berjangkit dengn orang lain..Ape punya orang daaa..Tapi ape2 pun best gak kena..hehehe...Rasa la yang x prnh rasa..Yang dah pernah rasa,beringat la..Jaga kebersihan rumah,bilik,anak2..

Read more...

Majlis Kesyukuran Ulang tahun Kelahiran April BOY..

Jumaat, 22 April 2011

Bismillah..
iklan jemputan..
Salam..Hanya sekadar menyampaikan iklan untuk program kesyukuran ni..Program hari SABTU,23/04/2011 kat Markaz DPM Dumyat..Semua ahli Dumyat & jemputan khas diharap & dijemput hadir..Nak promo ni,menu memang mantap..Chef yang diimport pun mantap..Datang tau kawan2..Ajak kawan2 lain yg x dapat info sekali..Bagi meriah sikit,leh rapat ukhwah sekali..Kita jumpa dimalam tu nanti..




Read more...

Ramah Mesra BKASM,HEP & Student Selangor Dumyat..

Isnin, 18 April 2011

Bismillah..
[[Pegawai HEP Selangor Mesir & Bakal Pegawai]]
[[Pegawai HEP Selangor & Exco BKASM 2010/2011 @ Pantai Dumyat]]
[[Gambar sekitar program]]
Program:-Jaulah Mahabbah AJKT Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir & Pegawai HEP Selangor Mesir  
Lokasi:-Dewan Syeikh Abdul Halim Mahmood(Markaz DPM Dumyat)
Pengisian:-1.Sesi ta'ruf AJKT & Pegawai.
                  2.Slide show & penerangan mengenai KPI,TABUNG EHSAN,KELAB DAIE oleh                             exco yg berkenaan.
                  3.Sesi soal jawab,muhasabah & cadangan.
                  4.Jamuan & bergambar kenangan.
Kehadiran:-Lebih kurang 20 orang(ahli Selangor Dumyat)

p/s::gambar x banyak sebab aku xtau camera sape yang guna masa program tu..gambar yang ada ni pun aku copy dari facebook BKASM..Kalau sape yang ada gmbr lain & nak share,leh la bagi tau aku..ok..enjoy,...


Read more...

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU