10 Pensyarah Al-Azhar Berkhidmat Di M'sia

Rabu, 18 Mei 2011

Bismillah..

KUALA LUMPUR: Seramai 10 orang tenaga pengajar yang terdiri daripada pensyarah dari Universiti Al-Azhar, Mesir akan berkhidmat di Malaysia bermula Isnin ini bagi membantu meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar agama jurusan tahfiz dalam negara.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata, antara bidang kepakaran tenaga pengajar itu ialah dalam bidang Qiraat, Bahasa Arab, Fiqh dan Dakwah.
"Perkara ini dilihat sekali gus dapat menyokong usaha Darul Quran, Jakim untuk menjadi sebuah universiti yang berteraskan pengajian Hafiz Al-Quran serta memantapkan program Ijazah Universiti Sains Islam Malaysia - Darul Quran yang sudah bermula sejak 2009," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Othman berkata, tujuh daripada tenaga pengajar itu akan ditempatkan di Darul Quran, dua di sekolah-sekolah agama di bawah kelolaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan seorang di Maahad Tahfiz, Pahang.
Katanya, penempatan tenaga pengajar itu adalah berdasarkan bidang kepakaran mereka dan kesesuaian dengan institusi pengajian yang terlibat.
Universiti Al-Azhar menawarkan khidmat pakar tenaga pengajar itu melalui Sheikhul Azhar iaitu Prof Dr Sheikh Ahmed Tayyeib dalam pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semasa menteri berkenaan membuat lawatan kerja ke Mesir pada 30 September tahun lepas.

0 komen:

~...~untukmu tetamu~...~

  © HMC-Blogspot-Template pUtrAjAyA by HMC dot com sept.2009

Back to MENU